Astro_SuperSport
Astro_SuperSport

Astro_SuperSport

Astro Supersport adalah rangkaian televisyen satelit rumah di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam sehari. Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Saluran 810 dan 831 (HD) khas untuk pelanggan pakej "sukan" sahaja.[1] Saluran ini dilancarkan pada tahun 1996 sebagai salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.[2] Saluran ini mempunyai tiga saluran bersekutu, Astro SuperSport 2, Astro SuperSport 3 dan Astro SuperSport 4 melalui saluran 811, 816 dan 817, bersama-sama penyiaran spontan definisi tinggi Astro SuperSport HD melalui Saluran 831, Astro SuperSport HD 2 (833), Astro SuperSport HD 3 (834) Astro SuperSport HD 4 (836).Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD melalui rangkaian perkhidmatan HyppTV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[3]Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 831. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.

Astro_SuperSport

Bahasa Malaysia
Inggeris
Dilancarkan 1 Jun 1996
Dimiliki oleh Astro
Rangkaian Astro
Format gambar SDTV (570i 16:9)
HDTV (1080i 16:9)
Kristal-Astro Saluran 810 (SD)
Saluran 831 (HD)
Astro NJOI Saluran 810 (SD)
Astro Saluran 810 (SD)
Saluran 831 (HD)
Kawasan siaran Malaysia
Negara Malaysia
Cogan kata Saluran Juara!