Asyraf_Khalid

Muhammad Asyraf bin Khalid (lahir 31 Mei 1992) ialah seorang usahawan Malaysia dan merupakan Pengarah di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti.[1] Beliau turut memegang jawatan Pengarah A Klasse Essential Shd Bhd, syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Madameizara Cosmetic[2] dan Mutyara Jamu, dan Presiden Generasi Bersatu Malaysia,[3] sebuah NGO yang membantu dalam peningkatan modal insan melalui program seperti 'The Story'.[4].Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang merupakan anak kepada usahawan terkena Malaysia, Dato' Sri Khalid Mohd Jiwa dan Yang Mulia Tengku Zawyah binti Tengku Izham, ahli Keluarga Diraja Kedah.[5][6]Asyraf mula dikenali sejak umur 12 tahun apabila bapa beliau berkahwin dengan penyanyi No. 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 21 Ogos 2006.[7] Asyraf merupakan satu-satunya anak Khalid yang hadir pada majlis tersebut.[8]Beliau juga pernah menjadi muka depan beberapa surat khabar & Majalah seperti Malajah NONA yang di hiasi oleh beliau bersama ibu serta adik beradik beliau yang lain. Edisi tersebut berjaya menjadi edisi yang paling banyak terjual sepanjang zaman, dan rekod tersebut masih lagi kekal hinggal pada hari ini.[9]Asyraf menamatkan pengajian beliau di Kolej Tuanku Ja’afar, salah satu sekolah asrama terbaik di Malaysia yang mempunyai pencapaian 100% lulus di kalangan pelajar pada setiap tahun. Beliau kemudian menyambung pengajian beliau di Royal Melbourne Institute of Technology di dalam jurusan ‘Bachelor in Business (Marketing)’Menurut orang-orang yang terdekat dengan beliau [10] Asyraf merupakan seorang yang sangat peramah, dan suka membantu orang sekeliling beliau. Beliau juga seorang yang sangat meminati bidang keusahawanan, yang boleh di lihat dari usia yang muda. Menurut Asyraf menerusi sebuah ‘interview’ di Hlive Inspirasi [11]beliau mula minat bidang keusahawanan di sebabkan oleh bapa beliau, yang merupakan usahawan berjaya. Menurut beliau, beliau mula menjual pen & pemadan pada usia seawal 7 tahun, dan pernah berpengalaman menjual barangan seperti, telefon, external hard drive & lain-lain lagi.Pekerjaan pertama Asyraf adalah bersama Simplysiti sebagai ‘Management Trainee’ bermula pada tahun 2009, di mana beliau belajar dari setiap jabatan seperti ‘Marketing’, ‘Sales’, ‘Logistics’, & ‘Finance’ . Beliau di arahkan untuk bersama setiap jabatan selama 3 bulan untuk mempelajari selok belok perniagaan Simplysiti yang di miliki oleh Bapa & Ibu Tiri Beliau, Dato Sri Khalid & Dato Siti Nurhaliza. Selepas setahun, beliau di naik kan pangkat kepada ‘Marketing executive’. [12]Pada January 2016, Asyraf telah di lantik sebagai ‘Executive Director’ di Simplysiti.[13] Selepas beliau di lantik sebagai Pengarah eksekutif, Simplysiti telah mengeluarkan produk ‘skincare’ yang di beri nama ‘Luminous White’ & telah terjual sebanyak 500,000 Unit. Selain itu, beliau juga telah menandatangani kontrak bersama Air Asia, dan kini Simplysiti mempunyai kepal terbang yang di saluti dengan Wajah & Janama Simplysiti’ .[14]

Rujukan

WikiPedia: Asyraf_Khalid http://1in1m.proboards.com/thread/16002/asyraf-kha... http://www.themalaymailonline.com/money/article/si... http://www.wikiwand.com/ms/SimplySiti http://www.sinarharian.com.my/bisnes/simplysiti-ki... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/kuala-l... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/penampi... http://www.nona.my/bakal-ikut-jejak-datuk-k-kahwin... http://www.nona.my/membongkar-rahsia-kecantikan-ym...