ASRAAM
ASRAAM

ASRAAM


Peluru berpandu udara ke udara jarak dekat maju Advanced Short Range Air-to-Air Missile, juga dikenali di Amerika Syarikat dengan panggilan AIM-132, merupakan peluru berpandu udara ke udara pengimej pandu arah infra ("penjejak haba"), yang dihasilkan oleh MBDA. Ia masa kini dalam perkhidmatan Royal Air Force (RAF) dan Royal Australian Air Force (RAAF), menggantikan AIM-9 Sidewinder. ASRAAM direka bagi mengatasi jarak dan kelajuan sebarang peluru berpandu IR yang dalam perkhidmatan, membenarkan juruterbang untuk menembak dan kemudian berpaling pergi sebelum pesawat musuh sempat mendekati untuk menembak. Ia terbang melebihi Mach 3 pada jarak sehingga 50 kilometer (31 mi), leih dari sekali ganda jarak reka bentuk terdahulu. Ia mengekalkan pergerakan 50g yang diberikan oleh teknologi apungan badan digabung dengan kawalan ekor.[6][7]Projek ini bermula sebagai satu usahasama British-Jerman pada 1980-an. Ia merupakan sebahagian dari perjanjian lebih luas di mana Amerika Syarikat akan membangunkan AIM-120 AMRAAM bagi kegunaan jarak serdahana, sementara ASRAAM akan menggantikan Sidewinder dengan rekabentuk yang akan menutupi perbezaan julat besar antara Sidewinder dan AMRAAM. Jerman keluar dari program ini selepas memeriksa rekabentuk terbaru Soviet pada 1980-an, memutuskan bahawa peluru berpandu dengan kelebihan kelincahan bergerak jarak pendek adalah lebih penting berbanding jaraknya. Pihak British meneruskan usaha secara bersendirian dan peluru berpandu ini dmemasuki perkhidmatan RAF pada tahun 1998. Ia sejak itu telah dipilih bagi menggantikan Sidewinder dalam Royal Australian Air Force dan sedang diperkenalkan kepada Pasukan Udara India. Sebahagian dari peluru berpandu ini digunakan dalam Peluru Berpandu Modular Anti Pesawat Semua (Common Anti-aircraft Modular Missile - CAMM).

ASRAAM

Tempat asal United Kingdom
Sistempemanduan infrared homing, 128×128 element focal plane array, with lock-on after launch (LOAL) and strapdown inertial guidance[5]
Dalam perkhidmatan 1998
Detonationmechanism laser proximity fuze and impact
Kelajuan Mach 3+[5]
Aneka Common Anti-aircraft Modular Missile (Sea Ceptor)
Lebar sayap 450 mm
Warhead 10 kg blast/fragmentation
Berat 88 kg
Panjang 2.90 m
Altitud penerbangan N/A
Enjin dual-burn, high-impulse solid rocket moto4r[2]
Digunakan oleh RAAF , RAF, IAF
Kos unit >£200,000
Jarakoperasi 300 m – 50 km (officially in excess of 25km) [3][4]
Pengeluar MBDA
Platformpelancaran
Diameter 166 mm (ukur lilit motor)[1]
Jenis Short-range air-to-air missile

Rujukan

WikiPedia: ASRAAM http://www.airforcemag.com/magazinearchive/pages/2... http://defense-update.com/newscast/0309/asraam_loa... http://www.defense-update.com/events/2007/summary/... http://www.defensenews.com/story/defense/air-space... http://www.donhollway.com/foxtwo/ http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/1974/1... http://www.janes.com/article/63007/uk-orders-asraa... http://www.livemint.com/Politics/xHoQvHsQfyUtfYerK... http://www.mbda-systems.com/products/air-dominance... http://www.strategypage.com/htmw/htairw/articles/2...