Panavia_Tornado
Panavia_Tornado

Panavia_Tornado

Panavia Tornado merupakan sebuah pesawat pejuang enjin berkembar yang dibangunkan secara bersama oleh tiga buah negara iaitu United Kingdom, Jerman Barat dan Itali. Pesawat Panavia Tornado memiliki tiga versi utama iaitu; Tornado IDS (Interdictor/Strike) bagi serangan darat, Tornado ECR (Electronic Combat/ Reconnaissance) bagi menumpaskan pertahanan udara musuh dan Tornado ADV (Air Defence Variant) bagi pemintasan. Pesawat ini juga merupakan sebuah pesawat yang paling canggih di dunia dan berupaya untuk melakukan misi larangan udara dan serangan darat. Ia mampu untuk membawa muatan yang besar, beroperasi dalam jarak jauh dan kemampuan ikhtihar hidup yang tinggi.