Panamax
Panamax

Panamax

Istilah kapal "Panamax" merujuk kepada kapal yang mempunyai dimensi maksimum yang muat memasuki pintu air Terusan Panama. Saiznya ditentukan oleh dimensi ruang pintu air tersebut, dan kedalaman terusan. Untuk memastikan jumlah kargo yang dapat dibawa oleh sebuah kapal adalah semaksimum yang mungkin, banyak kapal dibina menepati had Panamax. Banyak barangan pukal seperti produk bijirin diangkut oleh kapal-kapal Panamax (atau sub-Panamax).Pertambahan kapal-kapal bersaiz maksimum telah memberi masalah kepada Terusan Panama. Sebuah kapal Panamax yang melalui laluan sempit di pintu air memerlukan pengawalan yang tepat, dan pengalihan dibuat di siang hari pada tempoh masa yang mungkin lebih panjang. Oleh kerana kapal-kapal terbesar tidak dapat melalui Gailard Cut, terusan ini telah menggunakan alternatif sistem satu arah secara efektif untuk kapal-kapal sebegini.