Terusan_Panama
Terusan_Panama

Terusan_Panama

Terusan Panama (bahasa Sepanyol: Canal de Panamá) ialah terusan kapal utama yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan mengaitkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Pembinaan terusan ini merupakan salah satu projek kejuruteraan terbesar dan paling susah yang pernah dilakukan. Ia mempunyai kesan yang hebat pada perkapalan antara kedua-dua lautan tersebut, dan menyebabkan laluan yang panjang dan berbahaya melalui Laluan Drake dan Cape Horn di hujung paling selatan Amerika Syarikat tidak diperlukan lagi. Jarak pelayaran dari New York ke San Francisco melalui terusan ini ialah 9,500 kilometer (6,000 batu), manakala jarak dahulu mengelilingi Cape Horn ialah 22,500 kilometer (14,000 batu). [1]Walaupun konsep untuk sebatang terusan di Panama telah wujud sejak dari awal abad ke-16, percubaan pertama untuk membina sebuah terusan bermula pada tahun 1880 di bawah pimpinan Perancis. Selepas percubaan itu gagal, kerja itu akhirnya disiapkan oleh Amerika Syarikat, dengan terusan tersebut dibuka pada tahun 1914. Pembinaan terusan sepanjang 77 kilometer (48 batu) dilanda oleh berbagai-bagai masalah, termasuk penyakit (khususnya demam malaria serta demam kuning) dan tanah runtuh. Sebanyak 27,500 orang pekerja dianggarkan maut dalam pembinaan terusan ini.Sejak pembukaannya, Terusan Panama adalah amat berjaya dan terus merupakan laluan utama untuk perkapalan antarabangsa. Ia membekalkan laluan kepada melebihi 14,000 buah kapal yang membawa muatan melebihi 203 juta tan setiap tahun. 14,011 buah kapal melalui terusan ini pada tahun 2005, dengan jumlah muatan sebanyak 278.8 juta tan, iaitu hampir 40 buah kapal setiap hari. [2]Terusan Panama boleh menampung kapal-kapal dari kapal pesiaran peribadi yang kecil sehingga kapal komersil yang agak besar. Saiz kapal yang paling besar yang boleh menggunakan terusan ini dikenali sebagai Panamax; semakin banyak kapal moden melebihi had ini, dan dikenali sebagai kapal pasca-Panamax. Jangka masa pelayaran tipikal untuk sebuah kapal kargo merentasi terusan ini ialah sekitar sembilan jam.

Rujukan

WikiPedia: Terusan_Panama http://www.7is7.com/otto/travel/slideshows/panamac... http://www.Alonsoroy.com http://captainwiki.com/index.php?title=Pacific_Sid... http://www.czbrats.com/AmPan/index.htm http://www.czbrats.com/Articles/3rdlocks/3rdlocks.... http://www.czbrats.com/Builders/FRCanal/failure.ht... http://www.czbrats.com/Jackson/martyrs/martyrs.htm http://www.czbrats.com/Menus/Builders_menu.htm http://www.czbrats.com/cz_brats.htm http://www.czimages.com/CZMemories/thirdlocks/tcin...