Nama Athens

Templat:NameWikt

Dalam bahasa Yunani, nama Athens ialah Ἀθῆναι (Athenai), dan adalah berkait dengan Ἀθηνᾶ (Athena) dan Ἀθήνη (Athene), masing-masing merupakan nama Attik dan Ionia untuk dewi Athena. Nama kota ini mungkin berbentuk jamak, seperti Θῆβαι (Thebai) dan Μυκῆναι (Mykenai), kerana ia terdiri daripada banyak bahagian. Pada abad ke-19, Ἀθῆναι telah diterima semula secara rasmi sebagai nama bandar rayanya. Bagaimanapun, sejak penghentian penggunaan bahasa Greek Katharevousa secara rasmi pada dekad 1970-an, bentuk umum Αθήνα (Athína) telah menjadi nama rasmi bandar raya ini.