Athens
Athens

Athens

Koordinat: 37°58′47″U, 23°43′46″TAthens (bahasa Yunani: Αθήνα, Athína) ialah ibu kota serta bandar raya terbesar negara Yunani dan tempat asal demokrasi. Kota yang dinamai sempena nama dewi Athena berdasarkan mitologi ini ialah salah sebuah bandar raya yang tertua di dunia, dengan sejarah tercatat sekurang-kurang 3,000 tahun. Pada hari ini, ibu kota ini merupakan sebuah metropolis kosmopolitan yang sibuk, dengan jumlah penduduk bandar sebanyak 3.1 juta orang dan jumlah penduduk metropolitan sebanyak 3.7 juta. Kawasan metropolitan Athens merupakan pusat ekonomi, kewangan, perindustrian, kebudayaan, dan politik di Yunani. Dengan cepatnya, bandar raya ini juga telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang utama di dalam Kesatuan Eropah. Keluasan kawasan bandar raya yang betul-betul adalah 39 km², manakala aglomerasi bandar Athens ialah 412 km². [3]Athens Kuno merupakan sebuah negara kota yang sangat kuat serta pusat pembelajaran yang terkenal, dan adalah tempat asal Akademi Plato dan Lyceum Aristotle. Ia dirujuk secara meluas sebagai tempat bermulanya peradaban Barat, disebabkan sebahagian besar oleh kesan pencapaian kebudayaan dan politiknya semasa abad ke-5 SM dan ke-4 SM pada Benua Eropah yang diketahui pada masa itu. Warisan era klasiknya masih jelas di bandar raya ini, dan digambarkan melalui sebilangan monumen dan karya seni kuno. Yang termasyhur ialah bangunan Parthenon di atas Akropolis yang merupakan mercu tanda epik untuk peradaban barat. Athens ialah tuan rumah untuk Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896, dan pada tahun 2004, ia menyambut Sukan Olimpik Musim Panas kembali dengan kejayaan yang cemerlang.

Athens

Zon masa EET (UTC+2)
Pengasasan k.k. 2000 SM
- Metro 3,761,810
Kod kawasan 210, 211, 212
- Datuk Bandar Nikitas Kaklamanis
Kod-kod pos 10x xx, 11x xx, 120 xx
- Musim panas (DST) +1 (UTC)
- Kaw. perbandaran 3,130,841
- Bandar 745,514