Audrey_Hepburn
Audrey_Hepburn

Audrey_Hepburn

Audrey Kathleen Ruston (Tulisan Jawi: اودريي كتهلين روستون; 4 Mei 1929 - 20 Januari 1993), lebih dikenali sebagai Audrey Hepburn (Tulisan Jawi: اودريي هيڤبورن), merupakan seorang pelakon dan dermawan British yang dikenali dengan ikon filem dan fesyen beliau. Satu bintang pada Zaman Kegemilangan Klasik Hollywood, beliau dinilai sebagai legenda pelakon wanita ketiga terbesar dalam sejarah pawagam Amerika Syarikat oleh Lembaga Filem Amerika (AFI) dan telah disenaraikan dalam dewan kemasyhuran Senarai Berpakaian Terbaik Antarabangsa.[1][2][3]Dilahirkan di Ixelles, sebuah daerah di Brussel, beliau dibesarkan di Belgium, England dan Belanda, termasuk bandar Amhem yang sedang diduduki Nazi sewaktu itu di mana dia bertugas sebagai perutusan bagi penentang Belanda dan membantu mengumpulkan dana. Di Amsterdam, dia mempelajari balet dari Sonia Gaskell sebelum berpindah ke London pada tahun 1948 untuk meneruskan latihan baletnya dengan Marie Rambert dan berperanan sebagai gadis korus dalam pementasan musikal West End. Beliau mampu bertutur dalam beberapa bahasa, termasuklah Bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Itali, Sepanyol dan Jerman.[4]Selepas beberapa kemunculan kecil dalam beberapa filem, Hepburn berlakon dalam drama Broadway Gigi (1951) selepas dipilih oleh novelis Perancis Colette. Hepburn muncul sebagai bintang selepas berlakon sebagai watak utama dalam Roman Holiday (1953), di mana beliau merupakan pelakon wanita pertama yang memenangi satu Anugerah Akademi, satu Anugerah Golden Globe dan satu Anugerah BAFTA untuk satu persembahan tunggal. Dalam tahun yang sama, beliau memenangi satu Anugerah Tony untuk Pelakon Wanita Utama Terbaik dalam satu Drama untuk persembahan beliau dalam drama Ondine (1951). Hepburn seterusnya membintangi beberapa filem yang berjaya, termasuklah Sabrina (1954), The Nun's Story (1959), Breakfast at Tiffany's (1961), Charade (1963), My Fair Lady (1964) dan Wait Until Dark (1967), di mana beliau mendapat pencalonan untuk Anugerah Akademi, Golden Globe dan BAFTA . Hepburn berjaya mempunyai rekod tiga Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita British Terbaik sebagai Peranan Utama. Sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya filem beliau, beliau telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari BAFTA, Anugerah Golden Globe Cecil B. DeMille, Anugerah Pencapaian Hayat Screen Actors Guild, dan Anugerah Tony Khas. Beliau merupakan salah satu daripada beberapa orang yang telah memenangi Anugerah Akademi, Emmy, Grammy dan Tony sekaligus.Hepburn hanya muncul dalam sedikit filem dalam usia selanjutnya, dan menumpukan sebahagian besar daripada kehidupannya untuk UNICEF. Walaupun telah menyumbang kepada pertubuhan itu sejak tahun 1954, beliau telah berkhidmat di beberapa komuniti paling termiskin di Afrika, Amerika Selatan dan Asia di antara tahun 1988 dan 1992. Beliau telah dianugerahkan Pingat Presiden Kebebasan pada Disember 1992 sebagai pengiktirafan terhadap khidmat beliau sebagai Duta Muhibah UNICEF. Sebulan kemudian, Hepburn meninggal dunia akibat kanser apendiks di rumahnya yang terletak di Switzerland pada usia 63 tahun.

Audrey_Hepburn

Dikebumikan Perkuburan Tolochenaz, Tolochenaz, Vaud
Pekerjaan Pelakon (1948–89),
Humanis (1988–92)
Pasangan Robert Wolders (1980–93)
Anak Sean Hepburn Ferrer (1960-), Luca Dotti (1970-)
Nama lain Edda van Heemstra, Audrey Kathleen Hepburn-Ruston
Meninggal dunia 20 Januari 1993(1993-01-20) (umur 63)
Tolochenaz, Vaud, Switzerland
Warganegara British
Laman web www.audreyhepburn.com
Sebab kematian Barah apendiks
Kelahiran Audrey Kathleen Ruston
(1929-05-04)4 Mei 1929
Ixelles, Brussel, Belgium

Rujukan

WikiPedia: Audrey_Hepburn http://www.smh.com.au/articles/2004/05/31/10858555... http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=31869 http://www.audrey1.com/films/roman.html http://audreyhepburn.com/ http://www.audreyhepburn.com http://www.audreyhepburnlibrary.com/50s/images/pho... http://news.biharprabha.com/2014/05/was-audrey-hep... http://www.broadway.com/buzz/180286/history-lesson... http://transcripts.cnn.com/TRANSCRIPTS/0312/24/lkl... http://books.google.com/books?id=NJId3XPaeR0C&pg=P...