Audy_Item

Paula Allodya Item atau lebih dikenali sebagai Audy atau Audy Item (lahir 23 April 1983) ialah seorang penyanyi wanita Indonesia. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik daripada pemuzik jazz, Jopie Item, dan Evie Aquanthie Aziz. Saudara lelaki sulung beliau, Stevie Item, adalah seorang pemain gitar kumpulan Andra & The Backbone. Beliau telah berkahwin dengan Iko Uwais dan mereka mempunyai seorang anak perempuan.[1][2][3]

Audy_Item

Berasal dari Jakarta, Indonesia
Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Paula Allodya Item
Instrumen Vokal
Juga dikenali sebagai Audy
Syarikat rakaman Sony Music Entertainment Indonesia
Kelahiran (1983-04-23) 23 April 1983 (umur 36)
Genre Pop, rock
Tahun aktif 2001–kini