Avanza


Bankaktiebolaget Avanza ialah broker saham dalam talian yang terbesar di negara-negara Nordik, dengan melebihi 150,000 pelanggan dan bilangan urus niaga yang terbesar dalam Bursa Saham Stockholm. Ia merupakan salah satu pilihan yang terbuka kepada para pelabur swasta yang hendak menyertai program pelaburan dan simpanan. Syarikat itu membekalkan pelanggannya alat-alat dan bantuan yang diperlukan untuk menambah nilai simpanan mereka. Avanza tersenarai dalam pemodalan pasaran Senarai Nordik (simbol tiker AZA.ST).