Kerjaya Awal_Ashaari

Kerjaya awal

Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan. Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.

Televisyen dan filem

Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau di dalam Beat TV (Astro Ria) diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Sensasi dan sebagainya.

Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam drama Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX-Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.

Kerjaya filem Awal bermula pada 2007 menerusi filem drama muzikal Diva arahan Sharad Sharan. Seterusnya beliau muncul dalam filem aksi perlumbaan Impak Maksima arahan Ahmad Idham, yang mana beliau memegang watak sebagai Ayie, adik kepada watak lakonan Eizlan Yusof iaitu Johari. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon di samping Farid Kamil dan Lisa Surihani di dalam filem drama komedi romantik I'm Not Single arahan Pierre Andre yang mana beliau berpasangan dengan Intan Ladyana. Pada 2009, beliau berlakon di samping Liyana Jasmay, Que Haidar dalam filem Malaikat Maut arahan Bade Hj. Azmi.

Perniagaan

Awal bersama isterinya, Scha membuka perniagaan mereka dikenali sebagai Schapoholics, yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholics".[4] Pada tahun 2009, dengan kerjasama Dynas, mereka membuka butik fesyen yang dikenali sebagai DnA CelebrityStyle di Desa Sri Hartamas. Perniagaan ini kemudiannya ditutup dan rakan kongsi mereka menubuhkan perniagaan sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Awal_Ashaari http://www.mynewshub.cc/artis/awal-ashaari-selamat... http://www.asiaone.com/News/Latest+News/Showbiz/St... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/awal-asha... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm2715698/ http://malaysiandigest.com/hiburan/547633-awal-ash... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2...