Biografi Ayaka_Ōhashi

Ōhashi dilahirkan di Urawa, Saitama pada 13 September 1994, dan berpindah ke Tokyo ketika berumur lima tahun. Sewaktu di sana, dia menyertai sebuah syarikat teater. Dia juga muncul dalam pelbagai iklan televisyen, drama, program TV Pendidikan NHK, dan pentas penerbitan. Dia terinspirasi untuk menjadi seorang pelakon suara selepas menerima pelajaran lakonan suara dengan syarikat teaternya.[4]

Pada tahun 2011, beliau menyertai Horipro Talent Scout Campaign ke-36 dan dia kekal sebagai finalis lalu menyertai agensi bakat Horipro. Dia membuat debut lakonan suara pada tahun 2012, memainkan watak kecil dalam Amagami SS + plus. Pada bulan April tahun yang sama, dia dilantik sebagai Fleur Blanc di Eureka Seven AO sehingga menjadi peranan utamanya. Kemudian pada tahun itu, dia memainkan suara sebagai Uzuki Shimamura dalam permainan mudah alih The Idolmaster Cinderella Girls iaitu sebagai peranan utama kedua. Dia kemudiannya memainkan peranan dalam pelbagai media lain, termasuk penyesuaian anime. Dia telah muncul dalam banyak pentas penerbitan dan program radio.