Biodata Azilah_Hadri

Azilah lahir pada 28 Mac 1976 di Sarikei, Sarawak. Ibunya bernama Latiffah Abdullah (55).Beliau anak sulung daripada 12 adik-beradik. Mendapat pendidikan hingga tahap Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sarikei.Oleh kerana dia berasal dari keluarga miskin, dia terpaksa membawa ibu bapanya yang sudah tua dan tidak bekerja tinggal di Sepang , Selangor berdekatan Balai Polis Sepang, tempat beliau bertugas.

Azilah masih bujang tetapi mempunyai seorang anak angkat lelaki 4 tahun bernama Muhammad Azizul Azilah Hadri. Azizul memanggil Nor Azila sebagai mummy manakala Azilah pula sebagai abah.

Azilah sudah bertunang dengan Norazila Baharudin (29). Dalam pada itu atau sebelum itu mempunyai seorang kekasih iaitu Ani (Lans Koperal Rohaniza Roslan yang ketika itu bertugas di Cawangan D7 IPD Petaling Jaya)

Sebelum ditangkap , Azilah tinggal di mes bujang Bukit Aman.

Kegemaran Azilah ialah 'window shopping'(bersiar-siar di pusat beli-belah) dan berhibur namun dalam masa yang sama dia suka berpuasa. Menurut DSP Zainudin lagi, ketika ditahan reman, Azilah berpuasa setiap hari.Azilah juga asyik dengan permainan Sudoku. Hal ini terbukti ketika Lans Koperal Rohaniza memberikan keterangan, dia tunduk dan leka bermain Sudoku. Kerana kelekaan itu juga dia tidak menunjukkan sebarang emosi sungguhpun ketawa kecil ketika kekasihnya, Lans Koperal Rohaniza menjadikan kerusi Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin sebagai tempat permulaan ukuran bagi menjelaskan keterangannya.