Kerjaya Azilah_Hadri

Azilah pernah bekerja di Johor sebelum menjadi polis.Setelah tamat latihan, tugas pertama Azilah ialah sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di IPD Sepang sebelum diserapkan di cawangan Unit Tindakan Khas(UTK) Bukit Aman pada 8 Januari 2003 sehingga sekarang.

Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit-unit itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Ini bermakna, Azilah sebagai OCBG ialah ketua kepada unit ini.

Dalam UTK, Azilah berada dalam Gerakan Unit Selam Tempur (combat diver) setelah unit ini ditubuhkan pada Mac 2006. Menurut ACP Mastor, ketika dalam UTK, dia tidak pernah mendapat sebarang aduan mengenai Azilah yang ketika itu berpangkat Inspektor Percubaan sehinggalah dinaikkan pangkatnya kepada Cif Inspektor.

DSP Zainudin menyatakan bahawa Azilah yang bertugas sebagai pengawal pengiring Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tugasnya malah berasa seronok kerana kerap dapat ke luar negara.