Azizah_Ariffin

Azizah Ariffin (lahir 10 Jun 1969) merupakan seorang penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal sebagai personaliti TV3 yang mana beliau telah berkhidmat di TV3 selama 20 tahun, dari 1996 hingga 2016.[1]Azizah memulakan kerjaya awalnya sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1990 sehingga 1995. Beliau kemudiannya menyertai TV3 pada 1996 sebagai penyampai beritanya, kemudian diserap sebagai pengacara untuk beberapa rancangan TV3 termasuk Nona dan Wanita Hari Ini sehingga tamat kontrak pada 2016. Sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.[2]Beliau berkahwin dengan Mohd Khafairil Mohd Khalil, rakan setugasnya di Media Prima pada 20 Ogos 2007. Azizah mempunyai tiga anak dari perkahwinan terdahulu.[3] Azizah mula memakai tudung pada 10 Jun 2008, sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-39.