Wanita_Hari_Ini

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan sebuah rancangan berbentuk ilmiah yang ditujukan khas buat wanita. Rancangan berbentuk bual bicara ini ke udara pada pukul 12:00 tengah hari selama sejam setiap hari Isnin hingga Sabtu di TV3. Rancangan ini memfokuskan mengenai hal ehwal semasa serta isu-isu terkini mengenai wanita dalam dan luar negara selain membicarakan tentang cara hidup, fesyen, serta hal-hal mengenai kekeluargaan.Sejak 2009, WHI menerima pengacara lelaki, bermula dengan Nazril Idrus kemudian diikuti oleh Fahrin Ahmad.[1]