Gambaran BMP-1

BMP-1 merupakan kenderaan bertrek afimbia sepenuhnya, dengan rangka enjin hadapan dibangunkan khusus untuk itu, badan keluli dipetri dengan hadapan cerun tajam dengan permukaan jelas bersegi, turret kon pendek, rata, terletak di tengah dan ruang tentera di bahagian belakang.[23]


Stesen pemandu

Dua orang Tentera Bulgari mengendali stesen pemandu dan juru tembak ketika Tentera US menduduki kedudukan komander bagi BMP-1 IFV Bulgaria.

Pemandu duduk di hadapan sebelah kanan badan. Dia memiliki tiga periskop TNPO-170 blok penglihatan bagi memberikan penglihatan ketika memandu dalam keadaan tertutup.[24] Blok tenag penglihatan pemandu boleh digantikan dengan peranti teropong pandang malam aktif TVNO-2 bagi kegunaan waktu malam dan keadaan kabur atau bersama periskop lanjutan TNPO-350B apabila berenang dengan pelindung ditegakkan.[7][24] BMP merupakan kenderaan berperisai Soviet pertama yang menggunakan sistem stering yoke mudah.[25]

Stesen komander

Stesen komander terletak di belakang stesen pemandu dan dilengkapi dengan lampu sorot infra boleh alih OU-3GA2 atau OU-3GK dengan jarak berkesan sekitar 400 meter (440 yd)[26]. Dwi mod (siang/malam) TKN-3B 5x/4.2x peranti penglihatan berkembar pembesar dipasangkan dengan lampu sorot infra. Dua periskop penglihatan turut dilengkapi dengan sistem pemanas dan pencuci. [27][28] Stesen komander dilengkapi dengan set radio R-123M.

Turet

Stesyen jututembak pada turet latihan BMP-1 di Muzium Kereta Kebal Parola, Finland, 14 Julai 2006. Lihat penyimpanan peluru.

BMP-1 memiliki turet berbentuk kon dilengkapi dengan sistem penyingkir asap dan pacuan putaran eletrik dangan sistem sokongan manual.[12] Meriam utama memiliki zon mati di atas pintu komander (antara kedudukan jam 10:00 dan 11:00), di mana meriam perlu diangkat bagi melepasi lampu carian infra merah bagi mengelak belanggar dengannya. Ketika meriam mengadap kebelakang ia menghalang pintu ruang tentera dari dibuka. Ketinggian turet yang rendah menjadikan laras meriam kurang dari enam kaki dari tanah, oleh itu ia tidak boleh ditembak di atas kepala tentera yang mara di hadapannya.[11][29] Sebaliknya, profil rendah turet menyukarkan ia menjadi sasaran. Turet yang sama digunakan pada BMD-1.

Stesen jurutembak

Stetsyen jurutembak terletak di sebelah kiri meriam utama. Jurutembak memiliki empat hari kegunaan penglihatan periskop monokular penajam imej 6x/6.7x pembesaran dwimod (siang/malam) 1PN22M1 , blok penglihatan periskop, pencari jarak optik dan kampu sorot putih atau infra boleh alih OU-3GK.[28] Penglihatan 1PN22M1 memiliki jarak maksima 400 meter (440 yd) pada malam hari, 900 meter (980 yd) dengan kegunaan lampu sorot infra merah.[6][23][28] Pembidik ditanda "stadiametrik" dengan gambaran saiz kereta kebal setinggi 2.7 meter (8.9 ka) pada jarak berbeza.

Pembidik asal digantikan dengan 1PN22M2, yang memiliki skala tambahan bagi peluru OG-15V HE-Frag yang digunakan oleh Ob'yekt 765Sp3, dihasilkan sejak Julai 1974. Pembidik baru memiliki dua skala siang bagi dua projektil - satu dari 200 hingga 1,600 meter (220 hingga 1,750 yd) dan satu untuk 400 hingga 1,300 meter (440 hingga 1,420 yd).[28]

Persenjataan

Meriam
Rencana utama: 2A28 Grom
Perincian turet BMP-1 di Pengkalan Udara Bolling, 1 Oktober 1986

Senjata utama merupakan meriam separa automatik laras licin tekanan rendah 73 mm 2A28 "Grom". Ia dimuat dari kelopak empat puluh peluru terletak dalam cecincin turet.[30] Kitaran kadar tembakan adalah 8 hingga 10 das seminit, dengan meriam kembali kepada dongakan +3° 30' untuk isian semula setiap kali tembakan jika pengisi automatik digunakan. Meriam boleh diisi menggunakan tangan jika perlu. Pengisi automatik tidak boleh diharap dan boleh menjadi bahaya kepada krew.[8][30] Sesetengah unit mengeluarkan pengisi automatik apabila unit baru diterima, tetapi tali sawat peluru mekanisma kelopak dikekalkan.

Meriam laras licin 2A28 'Grom menambak projektil PG-15V sama seperti meriam tanpa anjal ringan SPG-9 infantri tetapi dengan caj penujah lebih kecil. Kepala peledak PG15V HEAT mampu menembusi 280 hingga 350 mm (11 hingga 14 in) perisai keluli - lebih dari mencukupi bagi menembusi perisai hadapan MBT NATO tahun 1970-an, terutama M60A1 US, Chieftain British atau Leopard 1 Jerman.[30] Peluru PG-9 dimodenkan mampu menembusi sehingga 400 mm (16 in) perisai keluli. Meriam ini tidak mampu menembusi perisai hadapan MBT NATO moden seperti M1A1 Abrams US, Challenger 2 British, atau Leopard 2 Jerman, tetapi ia didakwa mampu menembusi perisai sisi kereta kebal tersebut di sesetengah tempat.[31] Dalam keadaan medan pertempuran ia memiliki jarak maksima 500 m (550 yd)[32].

Peluru OG-15V letupan tinggi tersedia sejak 1970-an. Kepala peledak memiliki dua kali berat letupan seperti PG-15V anti-perisai; ia bertujuan bagi digunakan terhadap tentera atau sasaran lembut.[30]

Mesingan koaxial 7.62 mm PKT dipasang disebelah kanan persenjataan utama[30] bagi mana BMP-1 membawa 2,000 biji peluru.[33]

Meriam 2A28 'Grom' dan mesingan koaxial PKT tidak boleh ditembak dengan tepat ketika kenderaan bergerak dipermukaan kasar kerana turet tidak distabilkan.[30]


Peluru berpandu

Di pasang pada penutup pangkal meriam ("mantlet"), pelancar 9S428 ATGM mampu melancarkan 9M14 Malyutka, (NATO: AT-3A Sagger A); 9M14M Malyutka-M (NATO: AT-3B Sagger B) dan 9M14P Malyutka-P (NATO: AT-3C Sagger C), kesemuanya bertujuan untuk digunakan bagi menentang kereta kebal utama musuh ("MBT") dan kenderaan tempur berperisai )"AFV") lain pada jarak dari 500 hingga 3,000 m (550 hingga 3,280 yd). ATGM ini mampu menembusi sehingga 560 mm (22 in) perisai keluli (piwaian NATO pada masa itu).[6]

BMP-1 membawa 5 ATGM (satu pada rel pelancar, dua dalam turet, dan dua dalam kenderaan). Setiap 9M14M seberat 10.9 kg (24 lb), 9M14P dengan kawalan separa automatik adalah 11.4 kg (25 lb). Peluru berpandu ini hanya boleh digunakan pada waktu siang kerana ia kekurangan sistem pandang malam. Selain kelebihan kekebalan dari gangguan dan peralatan kawalan mudah, ATGM kendalian wayar dibebani oleh kelemahan seperti: perbandingan kelajuan penerbangan agak perlahan, lewat tindak balas, tidak upaya mengisi semula peluru berpandu sehinggalah yang sebelumnya telah mengenai sasaran dan jarak minima yang jauh (500 m (550 yd)).[12] Kejaraan mengunakan ATGM ketika kenderaan sedang bergerak memerlukan jurutembak yang amat mahir.

BMP-1 yang tidak dimodenkan kepada piwaian BMP-1P yang kini dalam perkhidmatan dengan Russia kini boleh menggunakan 9M14-2 Malyutka-2 (NATO: AT-3D Sagger D) ATGMs (dibangunkan pada 1995), yang samaada memiliki dwi peledak-bentuk ("tandem shaped-charge") atau kepala peledak thermobarik letupan berkuasa tinggi.[11][34]

BMP-1 merupakan ancaman kepada APC NATO, AFV ringan, malah MBT masanya, melalui kegunaan meriam utamanya atau ATGM. Bagaimanapun, perlu disedari bahawa tumpuan kuat pada persenjataan anti kereta kebalnya tidak memberikan kuasa tembak mencukupi terhadap kenderaan tidak berperisai musuh, kedudukan kubu ringan dan tentera pejalan kaki, terutama semasa pertempuran di kawasan bergunung, (kebanyakannya akibat sudut dongakan cetek meriam utama). Kemunculan BMP-2 yang lebih berjaya dilengkapi dengan 30 mm 2A42 meriam automatik dua kegunaan menyelesaikan masaalah ini.

Ruang tentera

Kedudukan liang tembakan BMP-1 dan sudut tembakan.

Ruang tentera terletak di bahagian belakang kenderaan mampu membawa sehingga lapan orang. Terdapat empat liang tembakan pada setiap sisi dan satu liang tembakan dibahagian pintu belakang sebelah kiri; gabungan hos penyingkir asap dan pelantun kelongsong untuk dipasangkan pada senjata pada setiap stesen.[35]

BMP-1 dengan lapan penumpang

Tentera akan duduk di dua kerusi panjang di tengah sepanjang kenderaan dan mengadap ke sisi. Bateri kenderaan, peralatan eletrik dan tangki bahanapi 330 l (73 imp gal; 87 US gal) terletak antara kerusi panjang, dengan ruang penyimpanan di bawah.[35] Terdapat empat pintu besar berbentuk D di siling yang boleh dibuka dari ruang tentera. Pintu belakang kedap udara turut memiliki tangki bahan api.[35]

Ruang di dalam ruang tentera terhad. Hanya sedikit ruang bagi peralatan peribadi, mendorong ia disimpan di luar ketika beroperasi, kadang kala menghadkan pusingan turet ke belakang. Tempat duduk juga sempit, terutama bagi tentera berpakaian tempur lengkap, mendorong sesetengah tentera mengurangkan muatan kepada tujuh.[35]

Pergerakan

Enjin disel empat lenjang enam silinder 300 kuasa kuda (224 kW) UTD-20 terletak ditengah badan hadapan, di belakang transmisi, dengan sistem penyejuk di sebelah kanan dan radiator di atas.[36] Enjin memancu kotak gear manual dengan lima gear ke hadapan dan satu gear undur.[7] Tangki minyak memiliki kapasiti maksima sebanyak 462 liter. Enjin disel memiliki reka bentuk pelbagai minyak dan mampu menggunakan DL (musim panas) atau DZ (musim sejuk). Ia juga mampu menggunakan minyak tanah TS-1.[37]

BMP-1 memiliki kelajuan atas jalan 65 kilometres per hour (40 mph), yang berkurangan kepada 45 kilometres per hour (28 mph) di luar jalan. [6][11]

BMP-1 mampu memanjat halangan menegak setinggi 0.7 meter (2.3 ka), dan merentasi parit selebar 2.5 meter (2.7 yd). Ia mampu dipandu pada kecerunan 25° dan memanjat cerun 35°.[6][16][38]

Sproket pemanduan adalah di hadapan dengan enam roda jalan, menggunakan gantungan batang torsion.[23] BMP-1 memiliki tekanan tanah (0.6 kg/cm²) dan mampu merentas muka bumi bersalji dan berpaya. Ia memiliki jarak, kelajuan luar jalan dan keupayaan merentas desa yang diperlukan bagi menyaingi MBT yang bergerak pantas.

Keupayaan afimbia

Dua Marin US menurunkan bilah pemangkas ("trim vane") dibahagian hadapan BMP-1 Iraq yang ditawan semasa Operasi Desert Storm ("Ribut Gurun "), 17 March 1991

BMP-1 merupakan kenderaan afimbia, menujah dirinya dalam air dengan menggunakan treknya, dibantu oleh bunga hidrodinamik pada bahagian atas penutup roda. Kelajuan berenang adalah 8 kilometres per hour (5.0 mph). Bentuk badan dan sesetengah ciri (roda jalan berongga dan roda jalan dilengkapi dengan ruang udara) membantu pelampungan. BMP-1 mampu mengatasi halangan air dengan kelajuan arus 1.2 meter (1.3 yd) sesaat dan ombak sehingga ketinggian 0.25 meter (0.82 ka). Keadaan lebih mencabar memerlukan sokongan jurutera.[6]

Sebelum masuk ke dalam air bilah pemangkas dibahagian hadapan perlu didirikan bagi menghalang air melitupi hadapan. Semasa ia dalam kedudukan di darat, ia berfungsi sebagai perisai tambahan hadapan. Pintu bahagian tentera belakang perlu ditutup ketat sebelum memasuki air.

BMP-1 mampu menyeberangi halangan air seperti sungai dan tasik tetapi bukan untuk operasi pendaratan dari laut.

Perlindungan perisai

Perisai kenderaan ini adalah keluli golek dipetri dengan ketebalan berbeza antara 6 milimeter (0.24 in) pada bahagian badan atas dan 33 milimeter (1.3 in) pada bukaan meriam utama.[7] Spesifikasi asal memerlukan perlindungan terhadap peluru perobek perisai 23 milimeter sepanjang sudut hadapan ditembak dari jarak 500 meter (550 yd) dan bagi perlindungan dari peluru perobek perisai 7.62 milimeter sepanjang sudut sisi dan belakang dari jarak 75 meter (82 yd).

Sudut perisai BMP-1 yang tajam mampu menahan serpihan peluru artileri, senjata ringan dan mesingan berat kaliber 50 (12.7 mm), peluru AP dan API melampau 60° dari sudut hadapan dari semua jarak.[12] Sudut tajam perisai bahagian hadapan meningkatkan kemungkinan melantun, dan bilah pemangkas dalam kedudukan bergerak menawarkan perlindungan tambahan. Bagi kebanyakan contoh perisai hadapan kebal kepada tembakan dari meriam Oerlikon 20 mm KAD atau meriam automatik HS820 dari jarak melampaui 100 meter, tetapi kualiti perisai jauh berbeza bergantung kepada negara atau kilang.

Perisai bahagian sisi, belakang dan atas melindungi BMP-1 dari tembakan senjata kecil 7.62 mm dari kebanyakan jarak termasuk juga serpihan peluru artileri kecil tetapi tidak melindungi kenderaan dari tembakan mesingan berat 12.7 mm dari jarak dekat atau serpihan besar peluru artileri. Sungguhpun begitu, ujian darat menunjukkan pintu belakang yang diisi pasir dalam tangki minyaknya mampu menahan peluru 12.7 mm piwaian.[6] Di Afghanistan dan Chechnya peluru perobek perisai 7.62 mm ditembak dari mesingan serbaguna pada jarak sekitar 30 - 50 m kadang kala mampu menembusi pintu belakang dan bukaan.[39] Semasa Perakg Teluk Parsi Pertama perlindungan perisai BMP-1 terbukti lemah kepada peluru perobek perisai meriam automatik 25 milimeter (0.98 in) M242 Bushmaster M2/M3 Bradley US.[40] Semasa pertempuran sengit di Chechnya, tiada perobekan perisai hadapan turet BMP-1/BMD-1 disedari kerana turut itu merupakan sasaran kecil dan memiliki perisai hadapan tebal berbanding bahagian lain kenderaan.[41]

26-33 mm gun mantlet [7]23 mm at 42° hadapan turet [7]19 mm at 36° sisi turet [7]13 mm at 30° belakang turet [7]6 mm atas turet [7]7 mm at 80° badan atas hadapan [7]19 mm at 57° badan bawah hadapan[7]16 mm at 14° sisi atas badan [7]18 mm at 0° sisi bawah badan [7]16 mm at 19° badan belakang [7]6 mm badan atas [7]7 mm lantai badan belakang [7]

Isu perlindungan

BMP-1 memiliki kelemahan besar dalam skim perlindungannya, yang hanya jelas semasa Perperangan Soviet di Afghanistan. Kedudukan pemandu dan komandernya dalam kedudukan berdus, disebelah kiri sepanjang enjin disel. Apabila periuk api anti kereta kebal mengenai trek kiri BMP-1, letupan terhasil turut memusnahkan satu hingga tiga tayar jalan sisi kiri, menembusi bahagian bawah dan membunuh atau mencederakan dengan teruk pemandu dan komander yang menyebabkan kehilangan ahli khusus dalam Tentera Soviet. Pemandu BMP-1 biasanya meletakkan guni pasir di lantai bahagian mereka bagi melindungi mereka dari kemungkinan letupan periuk api. Letupan yang sama di bawah trek kanan tidak begitu merbahaya bagi pemandu dan komander yang agak selamat.[39] Sekiranya kenderaan tersebut mengenai periuk api anti kereta kebal batang condong ("tilt-rod"), bahagian cerun tajam di bawah kepingan glacis hadapan membenarkan batang picu periuk api condong tanpa halangan sehinggalah periuk api berada jauh di bawah rangka. Apabila ia akhirnya meletup, letupan tersebut biasanya mencukupi bagi membunuh atau mencederakan dengan teruk pemandu dan komander. Tentera ke40 Soviet di Afghanistan mulai menerima BMP-1D dipertingkat (yang digelar variasi "Afghan") sejak 1982 seterusnya yang, antara peningkatan lain, termasuk kepingan perisai tambahan di bawah stesen pemandu dan komander. Keadaan ini diatasi pada reka bentuk BMP-2 berikut, di mana komander berkongsi turet dua orang dengan juru tembak. Bahagian pemandu dan enjin boleh dilengkapi dengan perisai lantai tambahan bagi meningkatkan perlindungan terhadap periuk api yang mengandungi sehingga 2.5 kilogram (5.5 lb) bahan letupan.

BMP-1 Iraq di lapangan selepas ditembak beberapa kali dan terbakar hangus semasa Operasi Desert Storm, 1 Februar1 1991.

Terdapat juga isu perlindungan berkait dengan pengisian semula 9M14 "Malyutka" dan 9M14M "Malyutka-M" ATGM dalam keadaan NBC kerana melakukannya melalui bukaan kecil dari dalam kenderaan akan menghapuskan perlindungan NBC pada bahagian tempur.

Kepadatan dan profil rendah kenderaan biasanya merupakan kelebihan di medan pertempuran. Bahagian kritikal seperti bahagian enjin dan ruang penyimpanan peluru, sel bahan api, dan ruang tentera terletak dalam keadaan yang menjadi piwaian bagi kebanyakan IFV dan APC. Perobekan mana-mana kawasan ini sering kali melumpuhkan pergerakan, kerosakan kuasa tembak dan atau melumpuhkan anggota dalamnya.[11]

Kenderaan siri BMP-1 dan BMP-2 berkongsi kelemahan yang sama dengan kebanyakan kereta kebal Soviet. Peluru disimpan berhampiran malah dalam bahagian tempur yang menjadikan ia terdedah kepada hentaman peluru kereta kebal atau peluru berpandu dari sudut sisi. Jika ini berlaku, peluru akan meletup, membunuh semua orang dan memusnahkan kenderaan sama sekali.[40] Semasa pertempuran di Afghanistan dan Chechnya, tembakan bom tangan lancaran roket ("rocket propelled grenades" RPG) menembusi perisai BMP-1 dalam 95% peratus kes. Ini sering kali mengakibatkan kenderaan terbakar sehingga peluru dalamnya meledak.[39] Akibat kelemahan ini, tentera Soviet/Rusia biasanya menunggang di luar BMP-1, duduk di atas badan ketika dalam zon pertempuran. Taktik yang sama turut dipakai oleh rakan sejawat Amerika mereka semasa Perang Vietnam, apabila mereka mendapati APC M113 mereka terdedah kepada serangan RPG. Ia memiliki kelemahan jelas berkait dengan keselamatan penumpang dalam zon perang. Perisai BMP-1 IFV juga tidak mencukupi untuk menangani peluru meriam AP - ketebalam perisai yang mencukupi akan meningkatkan berat BMP-1 dengan banyaknya dan membahayakan keupayaan afimbianya. Sesetengah penganalisa tentera menyokong idea kembali kepada APC terbuka kerana perisai AFV ringan tidak mampu melindungi anggotanya dari senjata anti kereta kebal. APC moden kebanyakannya digunakan dalam konflik tempatan dan bukannya perperangan skala besar yang dibayangkan dengan penggunaan senjata NBC.

Masaalah yang sering disebut oleh penganalisa barat adalah reka bentuk tangki minyak utama. Disebabkan kenderaan tersebut rendah, para pereka terpaksa meletakkan tangki bahan api antara baris kerusi yang mengadap keluar, bererti anggota tentera duduk berhampiran dengan tangki penyimpanan bahan api kenderaan, sementara bahan api tambahan di bawa dalam rongga pintu berperisai belakang. Dengan itu hentaman oleh peluru perobek perisai pembakar akan membakar bahan api yang terdapat di situ (terutama sekiranya minyak tanah digunakan menggantikan diesel). Bahan api yang terbakar akan masuk kedalam ruang krew, menyebabkan kematian atau kecederaan kepada tentera (terutama sekiranya mereka gagal melepaskan diri dari kenderaan yang terbakar melalui pintu bumbung), dan kemungkinannya akibat letupan. Bagaimanapun, pintu belakang hampir sentiasa kosong apabila BMP mula bertempur kerana ia hanya bertujuan meningkatkan jarak gerak kenderaan. Dalam kawasan pertempuran di mana BMP sering terlibat dan agak berhampiran dengan pengkalan operasinya, arahan mencadangkan mengalih tangki pintu belakang dari sistem bahan api, mengisinya dengan pasir sebagai perlindungan tambahan bagi ruang tentera dan menambah bahan api dari sumber lain ke dalam tangki utama apabila diperlukan. Ini tidak dilakukan oleh sesetengah krew BMP-1 semasa sejumlah pertempuran semasa pertikaian tempatan , contoh di Chechnya, yang mengakibatkan banyak cubaan oleh pihak musuh bagi mensasar pintu belakang BMP-1. Tangki bahan api dalam lebih lemah berbanding kebanyakan IFV moden - perisai sisi nipis bererti perobekan yang berlaku turut juga mengenai tangki bahan api.

Satu lagi kecacatan maut pada BMP-1 adalah kedudukan tentera. Bagi membenarkan tentera menggunakan assault rifles dan mesingan mereka ketika kenderaan bergerak, liang menembak dipasang pada sisi kenderaan dan pintu kiri belakang. Tentera duduk belakang membelakangi, sepanjang garis tengah ruang tentera. Sekiranya terkena periuk api anti kereta kebal magnet yang lebih maju, letupan yang terhasil mampu membunuh keseluruhan anggota tentera. Dalam kebanyakan pembawa tentera lain, tentera duduk di kerusi berasingan pada sisi kenderaan. Kedudukan ini mungkin menghalang penggunaan senjata dari dalam ruang tentera, tetapi dalam kebanyakan kes kehilangan nyawa akibat periuk api jauh berkurangan, sungguhpun kehilangan anggota bawah masih kerap. Ia juga perlu diambil kira bahawa kebanyakan tentera kerahan tidak menerima banyak latihan untuk menembak dari dalam kenderaan ketika ia bergerak. Malah bagi tentera profesional, periskop liang tembak tidak distabilkan menyukarkan bagi membidik senjata ketika bergerak. Sungguhpun begitu, keupayaan tentera bagi menggunakan senjata mereka dari dalam kenderaan adalah amat penting semasa pertempuran dalam bandar, terutama, ketika mematahkan serangan hendap musuh.

BMP-1 tidak memiliki penyaman udara atau sistem penyejukan udara, anggota dan penumpangnya menderita dalam cuaca panas kerana sistem penapis udara dan kipas pengudaraan ekzos tidak mampu memberikan keselesaan pada suhu tinggi.[39] Semasa Perang Yom Kippur anggota membiatkan pintu bumbung terbuka. Ini bererti mereka terdedah kepada tembakan mesingan dari atas. Hanya sedikit contoh BMP-1 bertujuan untuk dieksport - kebanyakannya kepada negara dengan cuaca panas (sebagai contoh, Slovak-Belorussian "Cobra-S"), ia dilengkapi dengan sistem penyaman udara. Sistem penyejukan bagi enjin telah diperbaiki, sebagaimana sistem sejukan udara paksaan tambahan bagi ruang enjin dan radiator. Sistem ekzos membantu menyingkir gas bersama udara panas dari ruang enjin melalui gril yang terletak pada bumbung kenderaan sebelah kanan di hadapan turet.

Perkakasan


BMP-1 mampu menghasilkan skrin asapnya sendiri dengan menyuntik bahan api diesel meruap ke dalam liang ekzos menggunakan sistem penghasil asap haba enjin TDA.[42] Model berikutnya turut memiliki jujukan pelancar bom tangan asap 902V Tucha yang mampu menghasilkan skrin selebar 80 m (87 yd), 200 hingga 300 m (220 hingga 330 yd) di hadapan kenderaan.[42]

Sejumlah BMP-1 turut dilengkapi dengan tenggekan bagi sistem pembersih periuk api jenis bajak KMT-10 pada awal 1980-an. Ia dipasang di hdapan badan selari dengan terk. Bajak seberat 450 kg (990 lb) dan boleh dipasang dalam tempoh 30 minit, penanggalan kecermasan mengambil masa 10 minit. KMT-10 bertujuan membersihkan periuk api dalam keadaan tanah berbeza. It is pneumatically-driven dan mengambil masa 4 saat mengubah dari keduduka bergerak kepada kedudukan membajak. Bajak pembersih periuk api amat sempit, dengn hanya dua mata bajak, setiap satu seluas 300 mm (12 in), (sama luas dengan trek), yang menghadkan mereka kepada membersih periuk api dipermukaan, terutama periuk api anti kereta kebal ditabur. Rantai dipasang antara dua mata bajak mampu meletupkan periuk api berjari condong. Kelajuan pembersihan periuk api adalah 15 km/h (9.3 mph).[12][43][44]

Apabila sistem perlindungan NBC ditala dan beroperasi, anggota dan penumpang dilindungi daripada senjata kimia, agen biologi dan jatuhan nuklear melalui penapis udara dan sistem lampau tekanan yang terdiri daripada unsur penapis NBC dan peniup/pengasing habuk. [12]

BMP-1 dilengkapi dengan satu RPG-7/RPG-7V [5] bom tangan lancaran roket (RPG) anti kereta kebal atas bahu dan lima peluru PG-7 atau satu pelancar peluru berpandu anti pesawat boleh galas 9K32 Strela-2/9K38 Igla dan dua peluru berpandu gantian.[23] Ia turut membawa 1,600 peluru bagi dua mesingan pelbagai guna PK.

Rujukan

WikiPedia: BMP-1 http://www.mod.mil.by/s53kmt10.html http://www.armyrecognition.com/Russe/vehicles_lege... http://www.deagel.com/Tracked-Armored-Fighting-Veh... http://www.militaryfactory.com/armor/detail.asp?ar... http://www.militaryparitet.com/nomen/russia/bron/b... http://www.milparade.com/Soderzhaniye.pdf http://www.orbat.com/site/history/historical/nato/... http://www.russarms.com/land/msv/bmd-1/tech-bmd-1-... http://www.thetankmaster.com/ENGLISH/AFV/bmp-1_01.... http://www.youtube.com/watch?v=_FFoQH-0wWI