Pembangunan BMP-1

Taktik infantri bermotor/mekanikal pada tempoh 1950-an adalah sama dengan kaedah Perang Dunia Kedua di mana APC digunakan sebagai "teksi tempur "; digunakan bagi mengangkut tentera pejalan kaki ke medan tempur di mana mereka turun dan bertempur ketika APC memberikan tembakan pemendam dari persenjataan yang dibawanya.[13]

APC yang digunakan pada masa itu hanya memberikan sedikit atau tiada perlindungan dari kesan senjata nuclear atau kimia kerana ia terbuka di bahagian atas atau tidak boleh ditutup cukup kedap. Tambahan lagi, tentera terpaksa turun untuk menggunakan senjata mereka.[13]

Keperluan bagi BMP mula dilakar pada akhir 1950-an. Keperluan tersebut memberi penekanan pada kepantasan, persenjataan yang baik, dan keupayaan bagi kesemua ahli skuad bagi menembak dari dalam kenderaan. Persenjataan perlu memberikan sokongan langsong bagi tentera yang turun untuk menyerang dan mampu memusnahkan kenderaan berperisai ringan setanding dengannya. [14] Kenderaan tersebut perlu mampu melindungi anggotanya dari tembakan mesingan.50 kaliber dan kaliber 20-23 mm meriam autu diseluruh lenkongan hadapan dan juga dari serpihan peluru meriam ringan dari jarak antara 500 m dan 800 m. [15]

Kuasa tembak terdiri daripada gabungan inovatif meriam 73 mm 2A28 Grom dan pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal (“anti tank wire guided missile - ATGM”) yang baru dibangunkan 9S428 bagi 9M14 Malyutka (AT-3A Sagger A) ATGMs. Meriam itu bertujuan bertempur dengan kenderaan perisai musuh dan titik tembakan sehingga jarak 700 meter (770 yd), sementara pelancar peluru berpandu bertujuan bagi digunakan terhadap sasaran yang sejauh 500 meter (550 yd) hingga 3,000 meter (3,300 yd). [15]

Keperluan dikeluarkan kepada biro rekabentuk berlainan antara 1959 dan 1960. Terdapat persoalan samaada BMP perlu bertrek atau beroda, dengan itu sejumlah tatarajah ujian dicuba termasuk rekabentuk kacukan beroda/bertrek.[1]

Ob'yekt 764 betrek dipilih kerana rekabentuk enjin di hadapan memberikan cara mudah dan pantas bagi keluar, masuk memalui dua pintu belakang. Prototaip keluaran asal, yang dibina pada tahun 1965, dinamakan BMP.[16] Small scale production began in 1966.[1]

Model

Sejumlah besar variasi BMP-1 telah dihasilkan. Yang paling terkenal adalah variasi IFV berasaskan BMP-1 adalah: BMP-2, MLI-84 dan Boragh.

Jadual model

Ciri-ciri model utama siri BMP
BMP
(ob'yekt 765Sp1)
BMP-1
(ob'yekt 765Sp2)
BMP-1
(ob'yekt 765Sp3)
BMP-1P
(ob'yekt 765Sp4/5)
BMP-1DBMP-2BMP-3
Berat
(tan)
12.613.013.213.414.514.018.7
Krew3+83+7
Meriam utama73 mm 2A28 "Grom" meriam separa-automatik tekanan rendah30 mm 2A42 meriam auto100 mm 2A70 rifle automatik
meriam/pelancar peluru berpandu
30 mm 2A72 meriam automatik
Mesingan7.62 mm PKT coaxial3 × 7.62 mm PKT
(1 coaxial, 2 bow mounted)
ATGM
(Nama NATO)
9M14 "Malyutka"
(AT-3 Sagger)
dan variants
9M113 "Konkurs"
(AT-5 Spandrel)
or
9M111 "Fagot"
(AT-4 Spigot)
dan variants
9M14 "Malyutka" or
9M113 "Konkurs" or
removed (on most vehicles)[17]
9M113 "Konkurs"
(AT-5 Spandrel)
or
9M111 "Fagot"
(AT-4 Spigot)
dan variants
9M117 "Bastion"
(AT-10 Stabber)
EnginUTD-20 6-silinder 4-lejang bentuk-V
diesel sejukan air suntikan-tanpa udara
menghasilkan 300 hp (224 kW) pada 2,600 rpm
UTD-20S1 diesel
hamghasilkan
300 hp (224 kW)
at 2,600 rpm
UTD-29M 10-silinder diesel
menghasilkan
500 hp (375 kW)
at 2,600 rpm
Power to weight ratio
hp/tonne
(kW/tonne)
23.8
(17.8)
23.1
(17.2)
22.7
(17.0)
22.4
(16.7)
20.7
(15.5)
21.4
(16.0)
26.7
(20.0)

Rujukan

WikiPedia: BMP-1 http://www.mod.mil.by/s53kmt10.html http://www.armyrecognition.com/Russe/vehicles_lege... http://www.deagel.com/Tracked-Armored-Fighting-Veh... http://www.militaryfactory.com/armor/detail.asp?ar... http://www.militaryparitet.com/nomen/russia/bron/b... http://www.milparade.com/Soderzhaniye.pdf http://www.orbat.com/site/history/historical/nato/... http://www.russarms.com/land/msv/bmd-1/tech-bmd-1-... http://www.thetankmaster.com/ENGLISH/AFV/bmp-1_01.... http://www.youtube.com/watch?v=_FFoQH-0wWI