Dalaman BRAVIA

Panel LCD di dalam TV BRAVIA dikilangkan oleh S-LCD, syarikat usaha sama 50/50 antara Sony dan pesaingnya dari Korea Selatan, Samsung.[6]

Naik taraf serta penyelenggaraan

Televisyen definisi tinggi Sony BRAVIA menggunakan perisian televisyen yang dikenali sebagai BRAVIA Engine. Perisian tersebut boleh dinaik taraf melalui antaramuka USB jenis A berlabel "DMEx / service only".

Model-model tahun 2006–2007 boleh dikemaskini sama ada menggunakan kad ingatan Memory Stick atau USB. Bergantung kepada negara serta piawaian televisyen yang digunakan, bahagian penala televisyen memerlukan satu peranti servis untuk mengemaskinikannya.

Unit televisyen yang dikeluarkan sepanjang November 2005 untuk pasaran Asia dan Amerika Utara mengandungi pepijat perisian yang menghalang televisyen daripada dihidupkan atau dimatikan selepas 1200 jam (2^32 milisaat).[7] Satu naik taraf percuma disediakan.[8]

Senarai lengkap peranti dan dokumentasi yang berkaitan.[9]