Babang
Babang

Babang

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}Babang merupakan satu kawasan rumah panjang kaum Iban yang terletak di Daerah Saratok di Bahagian Betong,Sarawak. Perkampungan ini terletak kira-kira 30km dari bandar kecil Saratok dan kira-kira 350 km dari Bandaraya Kuching. Ia terletak di kawasan pilihanraya Parlimen Saratok (P205), DUN Krian (N34) dan DUN Kabong (N40). Kawasan penempatan ini dihubungkan melalui jalan darat ke bandar kecil yang terdekat iaitu Saratok melalui sebatang jalan anak yang menyambungkan jalan Kaki Wong. Kini kawasan perkampungan ini sudah menikmati kemudahan seperti bekalan tenaga elektrik 24 jam, dan air paip terawat yang siap pembinaannya pada tahun 2012. Di sini juga terdapat sebuah sekolah rendah, iaitu SK Babang yang merupakan sebuah sekolah yang terawal beroperasi di Daerah Saratok. Kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan Babang ini merupakan petani yang bekerja sebagai penoreh getah, penanam lada hitam serta kegiatan tani yang lain. Bagi golongan muda, ramai sudah bekerja di jabatan-jabatan kerajaan ataupun swasta dan merupakan satu perkembangan yang positif dari aspek penambahbaikan ekonomi keluarga. Bagaimanapun, golongan muda ini biasanya berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu, malahan ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Brunei untuk bekerja, dan hanya akan balik ke Babang apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Gawai atau ketika berlakunya kematian ahli keluarga atau saudara mara.Terdapat 4 buah rumah panjang di kawasan Babang, iaitu Rumah Sambang, Rumah Maling, Rumah Jonathan Batan dan Rumah Linggir yang dirujukkan sebagai rumah seberang sungai. Di kawasan ini terdapat sebatang sungai, iaitu Sungai Babang yang mengalir ke Sungai Krian. Oleh kerana lokasi sungai Babang adalah di kawasan pedalaman, maka dasarnya berbatu dan airnya agak cetek dan jernih serta sesuai untuk aktiviti mandi manda. Keaadan begini masih lagi terpelihara keaslian dan kebersihannya. Terdapat beberapa buah air terjun yang terletak di hulu sungai, iaitu Wong Balai, Wong Babang Ipoh, Wong Sungai Paku dan banyak lagi. Kini, Sungai Babang telah diwartakan sebagai 'Kawasan Tagang' dalam Projek Tagang bagi memastikan kehidupan sungai seperti ikan tidak habis dan pupus selain daripada memelihara alam sekitar yang menjadi habitat kehidupan berkenaan. Projek ini diselenggara dan dipantau oleh Jabatan Pertanian Daerah Saratok.