Tayangan Babel_(filem)

Babel dipilih untuk bertanding untuk Palme d'Or di Festival Filem Cannes 2006.[1] Ia kemudiannya ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto.[2] Ia ditayangkan secara meluas pada 10 November 2006.[3]

Box office

Babel mengutip $34.3 juta di Amerika Utara dan $101 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $135.3 juta berbanding bajet $25 juta.[3] '

Penerimaan kritis

Babel menerima ulasan positif. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 69% berdasarkan 195 ulasan dengan purata rating o6.7/10.[4] Di Metacritic, filem ini mendapat skor 69/100 berdasarkan 38 ulasan.[5]

Anugerah

Babel menerima tujuh pencalonan di Anugerah Akademi ke-79 termasuk untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem ini berjaya memenangi kategori Skor Muzik Asal Terbaik.