Tabiat Babi_Hutan

Babi Hutan hidup dalam kawanan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawanan-kawanan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawanan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawanan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja. Kelahiran biasanya berlaku pada musim bunga; seperinduk babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi, tetapi sehingga 13 ekor pernah juga ditemui.

Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui, termasuk kacang, buah beri, akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah, serangga, dan reptilia kecil, serta juga anak-anak rusa dan kambing.