Kerjaya Baby_Shima

Baby Shima mula melangkah ke bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian. Beliau kemudiannya mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single "Tak Sabar" ciptaan Edry Abdul Halim.[6]

Beliau terpilih sebagai salah seorang peserta D' Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.[7]

Baby Shima menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sissy Imann dan Fara Hezel.[8] Sewaktu konsert minggu kedua, beliau jatuh pengsan setelah beliau selesai membuat persembahan dan dibawa ke hospital.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Baby_Shima http://www.azhan.co/biodata-baby-shima-ratu-smule-... http://www.babyshima.com http://www.gempak.com/artikel/11100/pengsan-di-pen... http://www.kosmo.com.my/hiburan/baby-shima-bersina... http://www.kosmo.com.my/terkini/didoa-cepat-mati-b... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/baby-shima-akui-m... http://www.utusan.com.my/hiburan/baby-shima-bersin... https://www.facebook.com/181815841843404 https://www.instagram.com/babyshimaofficial/