Badan_Keamanan_Rakyat

Badan Keamanan Rakyat (BKR) ialah suatu badan yang dibentuk untuk melakukan tugas pemeliharaan keamanan bersama-sama dengan rakyat dan para penjawat Indonesia.[1] BKR dibentuk oleh Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) melaui persidangan pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Soekarno pada 23 Ogos.[2]Pembentukan BKR merupakan perubahan pendapat berbanding hasil persidangan PPKI pada tanggal 19 Ogos 1945 yang sebelumnya merencanakan pembentukan tentera negara. Perubahan tersebut akhirnya diputuskan pada tanggal 22 Ogos untuk tidak membentuk tentera kebangsaan atas pelbagai pertimbangan politik.Para pemimpin pada waktu itu memilih untuk lebih memfokuskan kepada diplomasi untuk memperoleh pengiktirafan kemerdekaan yang baru diproklamasikan. Para tentera Jepun masih bersenjata lengkap dengan keadaan sifat mental yang merudum kerana kalah dalam Perang Dunia Kedua menjadi salah satu pertimbangan juga; yakni untuk menghindari pemberontakan apabila sebuah angkatan tentera negara dibentuk.[2]Anggota BKR saat itu ialah para pemuda Indonesia yang sebelumnya telah mendapat pendidikan ketenteraan sebagai tentara Heiho, Pembela Tanah Air (PETA), KNIL dan lain-lain. BKR menubuhkan pusat yang bermarkas di Jakarta dan dipimpin oleh Moefreni Moekmin.[3] Melalui Maklumat Pemerintah pada 5 Oktober 1945, BKR diubah menjadi Tentara Keamanan Rakyat (TKR) dan setelah mengalami beberapa kali perubahan nama akhirnya menjadi Tentara Nasional Indonesia yang ada pada masa kini.

Badan_Keamanan_Rakyat

Diasaskan 22 Ogos 1945
Ibu pejabat Jakarta
Ketua Moefreni Moekmin
Dibubarkan 5 Oktober 1945
(diubah menjadi Tentara Keamanan Rakyat)