Badrul_Hisham_Shahrin

Badrul Hisham Shahrin atau 'Cikgu Bard' merupakan ahli politik PKR di Malaysia. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding di parlimen Rembau tetapi tewas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Beliau adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).Beliau pernah menulis buku bertajuk 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya'.Dalam banyak perhimpunan anjuran pembangkang, beliau turut memimpin kumpulan muda. Antaranya terlibat dalam Perhimpunan Anti PPSMI .Pada 24 Mac 2010, rumahnya di Taman Bukit Cedang, Seremban nyaris terbakar akibat dilontar bom petrol / molotov cocktail. Mujur jirannya sempat memadam api pada jam 1.30 pagi. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seremban 2.[1]Pada 9 Julai 2010, CheguBard ditahan 'sekejap' oleh polis Seremban ketika menghadiri mesyuarat di pejabat perhubungan parti itu di Jalan Rahang, Seremban.[2]