Sejarah Badwi

Sejarah awal

Ibu Badwi mendukung anak di bahu. Gambar warna lewat abad ke-19 oleh ahli fotografi Perancis, Bonfils

Dari segi sejarah, orang Badwi terlibat dengan pengembalaan secara nomad, pertanian dan juga perikanan. Dikatakan bahawa mereka juga menyara hidup dengan membawa barang dan manusia[1] merentas tanah gurun. Ketiadaan air dan tanah gembala memaksa mereka sentiasa berpindah-randah.

Zaman Uthmaniyah

Lewat dalam kurun ke-19, ramai orang Badwi mula mengubah kepada cara hidup semi-nomad. Satu daripada faktor adalah pengaruh pihak berkuasa Uthmaniyah[2] yang memulakan program memaksa orang Badwi duduk menetap di dalam wilayah-wilayah Uthmaniyah. Pihak Uthmaniyah melihat Badwi sebagai satu ancaman terhadap kuasa mereka.[3]

Di bawah perubahan Tanzimat dalam tahun 1858, sebuah Undang-Undang Tanah Uthmaniyah dikeluarkan yang memberi asas perundangan buat pemindahan Badwi. Sejajar dengan kejatuhan kuasa Uthmaniyah, undang-undang ini menyebabkan proses pendaftaran tanah yang juga bertujuan untuk meningkatkan asas cukai empayar. Hanya sedikit Badwi yang mendaftar tanah mereka dengan pihak Uthmaniyah sama ada disebabkan kelongggaran penguatkuasaan Uthmaniyah, buta huruf, keengganan membayar cukai ataupun kerana pendaftaran tanah tidak relevan buat cara hidup nomad yang diamalkan Badwi.[4]