Kerjaya Bae_Suzy

miss A

Rencana utama: miss A

Pada bulan Mac 2010, Suzy menyertai Fei dan Jia untuk membentuk kumpulan miss A. Ketiga-tiga mereka memulakan aktiviti promosi rasmi pertama di China sebagai sebuah kumpulan dengan menandatangani bersama kumpulan Samsung Electronics di China. Kumpulan ini mengeluarkan sebuah lagu yang digunakan di dalam iklan "Love Again" untuk Samsung Beat Festival. Lagu ini ditulis oleh komposer Korea, Super Changddai dan video muzik diarahkan oleh Hong Won-ki. Kumpulan ini kemudiannya disertai oleh ahli keempat, Min.

Kumpulan ini membuat penampilan pertama mereka pada bulan Julai 2010 melalui JYP Entertainment dengan lagu single, "Bad Girl Good Girl". Selepas promosi selama tujuh minggu, kumpulan ini kembali pada bulan Oktober dengan lagu baru, "Breathe" dari album Step Up. Mereka mempromosi lagu ini selama sebulan sebelum membuat persembahan pentas terakhir pada 7 November.

Kumpulan ini kemudiannya kembali pada bulan Julai 2011 menerusi album studio pertama mereka, A Class dan lagu "Good Bye Baby". Kumpulan ini kemudiannya membuat persembahan terakhir pada awal bulan September sebelum memberi tumpuhan terhadap aktiviti luar negara. Pada bulan Februari 2012, mereka kembali dengan gaya baru muzik melalui album Touch.

Juga pada tahun 2012, mereka mengeluarkan album Independent Women Pt.III. Pada 6 November 2013, miss A kembali selepas lebih daripada setahun dengan album studio kedua mereka, Hush. Pada 30 Mac 2015, kumpulan ini mengeluarkan sebuah lagi lagu yang mengungguli carta bertajuk "Only You" yang diterbitkan oleh Black Eyed Pilseung dari album mini mereka, Colors.

2010–2012

Suzy pada bulan Oktober 2012

Pada bulan Oktober 2010, Suzy menjadi pengacara rancangan muzik MBC, Show! Music Core bersama-sama Minho dan Onew dari SHINee dan Jiyeon dari T-ara. Suzy juga mengacarakan rancangan-rancangan lain seperti Inkigayo, M! Countdown, M! Countdown Hello Japan, Anugerah Muzik Seoul ke-21, Anugerah Golden Disk ke-26 bersama Lee Hong-ki dan Anugerah Mnet 20's Choice bersama Song Joong-ki dimana beliau memenangi satu anugerah untuk kategori "Bintang Baru Terhangat 2011".

Selain daripada aktiviti kumpulan, Suzy juga menceburi bidang lakonan. Beliau membuat penampilan lakonan pertamanya sebagai Go Hye-mi di dalam drama Dream High yang disiarkan menerusi saluran KBS2 dari 3 Januari sehingga 28 Februari. Suzy juga mengeluarkan sebuah lagu runut bunyi asal untuk drama ini bertajuk "Winter Child". Drama ini mencapai kejayaan Korea Selatan dengan mencatat rating tontonan yang tinggi dan juga mencapai populariti di negara-negara lain.[4] Di Anugerah Drama KBS, Suzy memenangi anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik serta anugerah Pasangan Terbaik bersama Kim Soo-hyun.

Pada bulan Oktober 2011, Suzy menjadi ahli rancangan realiti TV KBS2, Invincible Youth 2. Rancangan realiti ini mula menjalani penggambaran episod pertamanya pada 19 Oktober dan mula disiarkan pada 11 November.[5] Pada 22 Mac 2012, beliau membuat penampilan filem pertamanya di dalam filem Architecture 101 sebagai Seo yeon sewaktu muda. Pada tahun yang sama, Suzy melakonkan watak sokongan di dalam drama Big yang dibintangi oleh Gong Yoo dan Lee Min-jung.

Beliau juga menjadi selebriti wanita Korea Selatan pertama untuk memenangi anugerah rookie penyanyi, drama dan filem selepas menerima anugerah Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke–48 untuk persembahan lakonannya di dalam Architecture 101.[6] Pada 22 Disember 2012, Suzy memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik di dalam kategori aneka ragam di Anugerah Hiburan KBS untuk peranan beliau di dalam Invincible Youth 2.[7]

2013–2016

Suzy pada bulan Julai 2014

Pada tahun 2013, beliau membintangi drama sejarah, Gu Family Book bersama Lee Seung-gi.[8] Beliau memenangi anugerah Kecemerlangan Tertinggi di Anugerah Drama MBC dan anugerah Pelakon Wanita Cemerlang di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini. Beliau juga muncul di dalam Healing Camp menjadikan beliau tetamu termuda di dalam rancangan ini. Suzy juga membuat penampilan kameo di dalam drama SBS, My Love from the Star.

Pada bulan Mei 2014, Suzy telah dipilih untuk membintangi filem The Sound of a Flower (2015) sebagai Jin Chae-sun, penyanyi Pansori wanita pertama Korea.[9] Filem ini menggambarkan perjuangan seorang penyanyi yang tidak dibenarkan melakukan persembahan di khalayak ramai kerana jantinanya semasa era Joseon. Untuk membuat persediaan melakonkan watak ini, Suzy menerima latihan pansori selama setahun.[10] Pada tahun yang sama, Suzy berkolaborasi bersama penyanyi-pelakon Taiwan, Show Luo untuk lagu "Together In Love" dari album "Reality Show".[11]

Pada bulan Januari 2016, Suzy mengeluarkan sebuah lagu bertajuk "Dream" bersama Baekhyun dari EXO.[12] Lagu ini menduduki tempat pertama di dalam carta digital mingguan Gaon dan memenangi anugerah Kolaborasi Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet. Beliau kemudiannya membintangi drama melo-romantik KB2, Uncontrollably Fond bersama Kim Woo-bin.[13] Suzy juga mengeluarkan dua lagu runut bunyi asal untuk drama ini termasuk sebuah lagu yang ditulis olehnya sendiri.[14] Pada bulan September 2016, patung lilin Suzy di Madame Tussauds Hong Kong telah dipamerkan.[15] Beliau merupakan selebriti wanita Korea pertama untuk mendapat patung lilinnya sendiri di Madame Tussauds.[16]

2017–sekarang

Pada awal tahun 2017, Suzy membuat penampilan pertamanya sebagai artis solo menerusi album bertajuk Yes? No?.[17] Pada bulan Februari 2017, Suzy mengeluarkan sebuah lagu duet bersama Park Won bertajuk "Don't Wait for Your Love".[18] Suzy kemudiannya membintangi bersama Lee Jong-suk di dalam drama fantasi thriller, While You Were Sleeping yang mula disiarkan pada bulan September 2017.[19] Drama ini merupakan kolaborasi kedua diantara Suzy dan penulis skrip, Park Hye-ryun selepas bekerja bersama-sama di dalam drama tahun 2011, Dream High.[20]

Pada awal tahun 2018, ianya telah diumumkan bahawa Suzy akan membuat kemunculan kembali pada lewat bulan Januari.[21] Pada 22 Januari, Suzy mengeluarkan lagu bertajuk "In Love with Someone Else". Suzy mengeluarkan album keduanya bertajuk Faces of Love pada 29 Januari bersama lagu "Holiday". Pada 14 Februari, Suzy mengeluarkan sebuah video muzik untuk lagu "SoBer".[22]

Rujukan

WikiPedia: Bae_Suzy http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2016/... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2017/... http://news.donga.com/3/all/20101217/33347401/6 http://shindonga.donga.com/docs/magazine/shin/2012... http://www.hankyung.com/news/app/newsview.php?aid=... http://www.imdb.com/name/nm7108248/ http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a...