Menu
Bagaikan_Sakti KonsertKonsert Bagaikan Sakti | |
---|---|
Konsert oleh Siti Nurhaliza dan M. Nasir | |
Tempat | Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura |
Tarikh | 1 Januari 2010 |
Jumlah persembahan | 1 |
Konsert Bagaikan Sakti[3] ialah konsert selama satu malam yang diadakan pada 1 Januari 2010 di dewan Espalanade, Singapura yang menyaksikan gabungan hebat M. Nasir dan Dato’ Siti Nurhaliza mengalunkan lagu-lagu hebat mereka serta lagu-lagu klasik yang pernah didendangkan oleh seniman terkemuka sepanjang zaman seperti P. Ramlee, Saloma dan Sudirman sepanjang persembahan dua jam tanpa henti.[4]
Konsert istimewa ini juga bakal memperlihatkan dua pengarah muzik terkemuka yang akan bekerjasama mengemudikan konsert ini di atas pentas iaitu M. Nasir di bawah pimpinan Aznan Alias dan Dato’ Siti Nurhaliza di bawah pimpinan Aubrey Suwito serta diiringi oleh 30 orang pemuzik di bawah pimpinan mereka.
Semasa konsert berlangsung, ada peminat M. Nasir berteriak dengan perkataan kesat dan mengejek persembahan Siti. Malah, mereka juga mengutuk peminat Siti yang datang dengan sepanduk kelab peminat SitiZone. Mereka juga memberi amaran kepada peminat Siti agar tidak bersorak kepada Siti. Akibat insiden ini, peminat Siti rasa terganggu dan tak tenteram hati kerana bilangan peminat M. Nasir sebegitu ramai. Hairan juga kenapa peminat Siti tak dibenarkan bersorak. Mujurlah tiada berlaku sebarang pergaduhan, tetapi peminat Siti tetap bersabar disebabkan mereka tak mahu melukakan hati Siti. Maklumlah semua ke sana nak berseronok apatah lagi bukan senang Siti dan M. Nasir bergabung dalam satu konsert.[5]
Konsert ini juga disiarkan secara langsung di Astro Box Office Events (Saluran 955), dengan ulang tayang pada 2–10 Januari.[6]
Lagu Bagaikan Sakti menyaksikan buat pertama kalinya M. Nasir (kiri) dan Siti Nurhaliza (kanan) bekerjasama, sekaligus berkongsi pentas di konsert Bagaikan Sakti. |
Sumber: Diperoleh pada sidang media konsert.[3]
Menu
Bagaikan_Sakti KonsertBerkaitan
Bagaikan Sakti Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah Bagaimana Mendapat Kawan dan Mempengaruhi Orang Bagaikan Kelip-Kelip Bagai Roda Pedati Bagai aur dengan tebing Bagaimana Untuk Menyelesaikannya Bagaimana Merangsang Seronok Belajar Bagai Lilin Kecil Bagaimana Objek BerfungsiRujukan
WikiPedia: Bagaikan_Sakti http://beautifulnara.com/peminat-m-nasir-dan-siti-... http://www.budiey.com/konsert-bagaikan-sakti-m-nas... http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/m_nasir_siti_nu... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... https://pujanggamalam.com/2010/01/03/konsert-bagai...