Bagan_Serai
Bagan_Serai

Bagan_Serai

|-!Jumlah Penduduk|45,900 (2012)|-!Poskod|34300باݢن سراي蒲甘Bagan Serai adalah sebuah pekan di utara Negeri Perak. Keluasan Mukim Bagan Serai adalah 143.58 km/persegi. Lokasinya di daerah kerian yang terletak di selatan negeri Pulau Pinang dan di utara Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor Pongsu di timur. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, dan Kuala Kurau. Kedudukannya adalah pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ia terletak pada ketinggian 133 meter dari aras laut.Nama Bagan Serai merujuk kepada dua perkataan iaitu "bagan" yang bermaksud jeti, dan "serai" yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang mengikut sejarahnya banyak di tanam di kawasan ini.Bagan Serai juga merupakan bandar ketujuh dari plaza tol Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang jika mengikut Lebuhraya Utara Selatan ke arah selatan.