Bahagian_Tawau
Bahagian_Tawau

Bahagian_Tawau

Bahagian Tawau adalah salah satu daripada lima bahagian pentadbiran di Sabah. Ia meliputi sejumlah 14,905 kilometer persegi atau 20% daripada wilayah Sabah. Bandar-bandar utama di Bahagian ini termasuklah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.Bahagian Tawau memilki 26% daripada jumlah penduduk di Sabah dengan suku kaum yang terdiri daripada suku pribumi Bajau, Suluk, Ida'an, Murut dan Lun Bawang/Lundayeh suku minoriti dan Tidong, Bugis dari Sulawesi, serta sejumlah besar pendatang haram dari Filipina dan juga Indonesia.Pendatang haram ini datang melalui laut yang mempunyai kawalan yang tidak ketat . Kebanyakkan daripada mereka menetap di kampung-kampung yang ada di sekitar Tawau. Sama seperti tempat-tempat lain di Sabah, bandar-bandarnya turut mempunyai sebilangan minoriti besar kaum Cina yang memonopli bidang perniagaan.Pelabuhan Tawau adalah pelabuhan yang ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Pelabuhan tersebut berfungsi sebagai pusat eksport utama produk pembalakan dan agrikultur. Terdapat dua lapangan terbang domestik di Bahagian Tawau iaitu Tawau dan satu lagi berada di Lahad Datu.Tawau juga merupakan salah satu perhentian pelancong asing sebelum pergi ke pulau-pulau yang ada di sekitarnya.Ini disebabkan, Tawau mempunyai lapangan terbang yang paling dekat berbanding Lahad Datu.

Berkaitan