Bahasa-bahasa Indo-Eropah
Bahasa-bahasa Indo-Eropah

Bahasa-bahasa Indo-Eropah

Bahasa Indo-Eropah adalah yang kumpulan bahasa terbesar di dunia dengan merangkumi 150 bahasa dan dipertuturkan oleh lebih kurang tiga bilion orang. Bahasa - bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Indo-Eropah ialah bahasa - bahasa di Eropah dan Asia barat. Antara bahasa Indo-Eropah yang terkenal ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Jerman, Itali, Rusia, Parsi, Hindi, Punjabi, Marathi dan Urdu.Persamaan bahasa ini dicadangkan oleh Sir William Jones yang mendapati persamaan antara empat bahasa tertua yang diketahuinya, iaitu bahasa Latin, Greek, Sanskrit dan Parsi. Teori tersebut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Franz Bopp. Pada abad ke 19, para ilmuan memanggil kumpulan itu sebagai Indo-Jermanik atau kadang- kadang dipanggil sebagai "Aryan". Namun, apabila hubungan antara kebanyakkan bahasa Eropah dan Asia Barat kelihatan lebih jelas, kumpulan ini dinamakan sebagai bahasa Indo-Eropah.

Berkaitan