Pengelasan Bahasa-bahasa_Filipina_Tengah

Intisari

Bahasa-bahasa tersebut secara amnya dibahagikan dengan demikian:

Di samping itu, terdapat beberapa bahasa puak bukit Aeta yang nirtentu pertaliannya: bahasa Ata, bahasa Aeta Sorsogon, bahasa Aeta Tayabas, bahasa Karolan (Binukidnon Utara), bahasa Magahat (Binukidnon Selatan), bahasa Sulod, dan bahasa Umiray.

Kebanyakan bahasa di bawah bahasa-bahasa Filipina Tengah sebenarnya membentuk kesinambungan loghat dan tidak boleh dibezakan dengan ketara sebagai bahasa yang berasingan. Blust (2009) menyatakan bahawa kepelbagaian yang agak rendah ditemui dalam kalangan bahasa-bahasa Bisaya adalah disebabkan oleh perluasan penduduk baru-baru ini.[3]

Zorc (1977)

Pokok bahasa-bahasa Filipina Tengah yang diperluas di bawah diberikan dalam 1977 disertasi Ph.D. David Zorc.[4] Subkumpulan bahasa-bahasa Bisaya ialah hasil kerja Zorc sendiri, manakala subkumpulan bahasa-bahasa Bikol adalah daripada McFarland (1974)[5] dan subkumpulan bahasa-bahasa Mansaka daripada Gallman (1974).[6]

Bahasa tersendiri ditandai dengan huruf condong, dan cabang utama dengan huruf condong tebal.

Gallman (1997)

Andrew Gallman (1997) menolak pengelasan Zorc terhadap bahasa-bahasa Mansaka dan Mamanwa sebagai cabang utama bahasa-bahasa Filipina Tengah setaraf bahasa-bahasa Bisaya. Sebaliknya, beliau mengelompokkan bahasa-bahasa Mansaka, Mamanwa, dan Bisaya Selatan bersama-sama ke dalam subkumpulan "bahasa-bahasa Mindanao Timur", yang berpaut dengan cabang lain bahasa-bahasa Bisaya yang tinggal dalam subkumpulan "bahasa-bahasa Filipina Tengah Selatan".[21]

Bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya (Blust)

Blust (1991)[22] menyatakan bahawa bahasa-bahasa Filipina Tengah dan bahasa-bahasa Filipina Selatan mempunyai kepelbagaian linguistik yang rendah. Berdasarkan pembaharuan kosa kata yang dikongsi secara eksklusif, beliau menempatkan subkumpulan bahasa-bahasa Filipina Tengah Raya yang menyatukan cabang bahasa-bahasa Filipina Tengah dengan bahasa-bahasa Mangyan Selatan, bahasa-bahasa Palawan, bahasa-bahasa Danaw, bahasa-bahasa Manobo, bahasa-bahasa Subanon dan bahasa-bahasa Mongondow-Gorontalo, yang terakhir terdapat di Sulawesi utara.

Rujukan

WikiPedia: Bahasa-bahasa_Filipina_Tengah http://www.ethnologue.com/show_family.asp?subid=92... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Bulalakawnon/... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Datagnon/bund... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Dispoholnon/b... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Ja.un-Ja.un/b... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Kantilan/bund... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Kuyonon/bundl... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Kuyonon_(dial... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Loocnon/bundl... http://sealang.net/archives/zorc/pdf/Naturalis/bun...