Sejarah Bahasa_Arab_Klasik

Bahasa Arab Klasik mempunyai punca di tengah dan utara Semenanjung Arab, dan berbeza daripada bahasa Arab Selatan Lama yang dituturkan di bahagian selatan semenanjung tersebut, iaitu Yaman hari ini.[5] Bahasa Arab Klasik merupakan satu-satunya keturunan bahasa Arab Utara Lama yang masih bertahan. Inskripsi tertua yang telah ditemui dalam Arab Klasik bertarih 328 M dan dikenali sebagai inskripsi Namārah, ditulis dalam abjad Nabataean dan dinamakan bersempena tempat ia ditemui di selatan Syria pada April 1901.[6]

Dengan tersebarnya Islam, bahasa Arab Klasik menjadi bahasa utama kesarjanaan dan kesalihan keagamaan sebagai bahasa al-Quran (kadang-kadang tersebar lebih pantas daripada Islam itu sendiri).[7] Hubungannya dengan loghat moden seakan-akan sama dengan hubungan bahasa Latin dengan bahasa-bahasa Romawi atau bahasa Cina Pertengahan dengan bahasa Cina moden.