Bahasa Arab Mesir (
Maṣrī مصري) merupakan
sejenis Bahasa Arab. Bahasa ini berasal dari
Delta Nil di Hilir Mesir di sekeliling ibu negara iaitu
Kaherah. Berasal daripada
Bahasa Arab lisan yang dibawa ke
Mesir semasa
abad ke-7, perkembangannya terutamanya dipengaruhi oleh
Bahasa Kubti dan
Bahasa Mesir dalam
Mesir pra-Islam,
[2][3][4] dan selepas itu oleh bahasa lain seperti
Bahasa Turki. Bahasa Arab Mesir dituturkan oleh lebih daripada 76 juta orang di
Mesir.
[1] Bahasa ini juga difahami di
Timur Tengah atas pengaruh media Mesir, yang menyebabkannya menjadi jenis Bahasa Arab yang paling banyak dituturkan dan salah satu yang paling banyak dipelajari.Kalimah "Bahasa Arab Mesir" dan "Masri" selalunya disama erti dengan "Bahasa Arab Kaherah", suatu dialek yang dituturkan di ibu negara Mesir. Manakala perkataan Maṣr digunakan oleh penduduk tempatan untuk merujuk ibu negara Mesir sendiri, iaitu Kaherah. Sama seperti keadaan
Bahasa Perancis, Bahasa Arab Mesir memainkan peranan yang besar dalam semua hal-hal kebangsaan. Sementara, Bahasa Arab Mesir juga merupakan bahasa keperluan, bahasa tersebut juga digunakan dalam penulisan novel, tayangan, puisi, termasuk juga di dalam komik, iklan, surat khabar dan lirik lagu-lagu popular. Dalam kebanyakan media bercetak dan laporan-laporan berita di kaca televesyen,
Bahasa Arab Fusha digunakan. Bahasa Arab Mesir biasanya ditulis dengan
huruf Arab untuk kegunaan tempatan, walau bagaimanapun, Bahasa tersebut juga ditulis menggunakan tulisan Latin atau Abjad Fonetik Antarabangsa dalam teks-teks linguistik dan buku-buku teks untuk kemudahan mengajar bangsa asing.