Bahasa_Eyak

Bahasa Eyak ialah sebuah bahasa Na-Dené pupus yang pernah dituturkan di kawasan selatan Alaska, berhampiran muara Sungai Copper.Marie Smith Jones (14 Mei 1918 – 21 Januari 2008)[1][2][3] dari Cordova ialah penutur asli terakhir bahasa itu, dan juga orang Eyak jati yang terakhir. Disebabkan kepupusan penutur aslinya, bahasa Eyak dijadikan lambang perjuangan membanteras kepupusan bahasa.[4]Perluasan bahasa Inggeris serentak dengan sekatan terhadap bahasa-bahasa pribumi bukan satu-satunya sebab merosotnya bahasa Eyak. Penghijrahan kaum Tlingit di sekitar Yakutat ke arah utara pada zaman sebelum kedatangan penjelajah barat menggalakkan penggunaan bahasa Tlingit berbanding bahasa Eyak di sepanjang Pantai Pasifik Alaska. Selain itu, Bahasa Eyak juga menerima tekanan daripada jiran-jirannya di barat, iaitu kaum Alutiiq di Prince William Sound, dan juga para penduduk lembah Sungai Copper. Kebudayaan Eyak dan Tlingit mula bergabung di sepanjang Pantai Teluk, sehingga sebilangan penutur bahasa Eyak diserap ke dalam kelompok Tlingit di Pantai Teluk. Hal ini menyebabkan bahasa Eyak lama-kelamaan digantikan oleh bahasa Tlingit di kalangan kelompok bercampur selepas beberapa turun-temurun, seperti yang diceritakan dalam sejarah lisan Tlingit di kawasan tersebut.Saudara-saudara terdekat bahasa Eyak ialah bahasa-bahasa Athabaskan. Gugusan bahasa Eyak-Athabaskan bersama bahasa Tlingit, membentuk bahagian asas dalam filum bahasa Na-Dené.Sebilangan nama tempat Tlingit di sepanjang Pantai Teluk berasal daripada nama-nama Eyak yang tidak membawa erti dalam bahasa Tlingit, namun dikekalkan oleh tradisi lisan. Kewujudan nama Tlingit terbitan bahasa Eyak di sepanjang pesisir pantai hingga ke bahagian tenggara Alaska merupakan bukti kukuh bahawa taburan bahasa Eyak prasejarah lebih besar berbanding waktu kedatangan penjelajah Eropah, sekaligus mengesahkan sejarah lisan yang diceritakan oleh orang-orang Tlingit dan Eyak di seluruh rantau tersebut.