Ibrani Samaria (ࠏࠨࠁࠬࠓࠪࠉࠕ ʿÎbrit) ialah dialek
Ibrani Purba yang digunakan sebagai bahasa ibadat oleh orang
Samaria dan salah satu qiraat yang digunakan untuk membaca Pentateukh Samaria, berbeza dengan
Ibrani Tabariyah yang digunakan oleh orang Yahudi.Bagi orang Samaria, Ibrani Purba telah berhenti menjadi bahasa percakapan dan digantikan dengan
bahasa Aram Samaria, yang kemudiannya tidak lagi menjadi bahasa pertuturan sekitar abad ke-10 dan ke-12 kerana digantikan dengan
bahasa Arab (atau lebih khususnya bahasa Arab Palestin Samaria).
Fonologi bahasa Ibrani Samaria mirip
bahasa Arab Samaria, dan digunakan oleh orang Samaria dalam ibadat.
[1] Kini, orang Samaria sama ada bertutur dalam bahasa
Ibrani Israel Moden atau
Arab Palestin, bergantung pada tempat tinggal mereka—di
Holon (Israel) atau di Shechem (
Nablus, di Kawasan A Palestin).