Dataran rumput Pontia
Kaukasus
Asia Timur
Eropah Timur
Eropah Utara
Dataran rumput Pontia
Dataran rumput Utara/Timur
Eropah
Asia Selatan
Dataran rumput
Eropah
Kaukasus
IndiaKaum Indo-Aryan
Kaum Iran
Asia Timur
Eropah
Asia Timur
Eropah
Indo-AryaIranIndo-Arya
Iran
Lain-lain
Eropah
Bahasa Indo-Eropah Purba ialah bahasa leluhur bersama yang direkonstruksi dari
keluarga bahasa Indo-Eropah.
[1] Tiada catatan atau sebarang bukti langsung yang ditemui mengenai kewujudan bahasa Indo-Eropah Purba, dan ciri-ciri yang dikemukakan itu semua diterbitkan berdasarkan
rekonstruksi linguistik kepada kesemua bahasa Indo-Eropah sedia ada.
[2]Jauh lebih banyak usaha telah dilakukan untuk merekonstruksi bahasa Indo-Eropah Purba berbanding mana-mana rekonstruksi
bahasa purba, dan rekonstruksi bahasa purba ini adalah paling difahami berbanding mana-mana bahasa purba sezamannya. Kebanyakan kerja-kerja linguistik pada abad ke-19 ditumpukan kepada rekonstruksi bahasa-bahasa Indo-Eropah purba serta bahasa-bahasa anaknya, dan hasilnya banyak teknik moden rekonstruksi linguistik (seperti
kaedah pembandingan) dapat dikembangkan.Bahasa Indo-Eropah Purba dihipotesis bahawa ia dituturkan sebagai satu bahasa bermula 4500 tahun sehingga 2500 tahun sebelum Masihi
[3] sewaktu Zaman
Neolitik Akhir sehingga ke
Zaman Gangsa Awal, walaupun andaian tersebut mempunyai julat lebih daripada seribu tahun. Menurut
hipotesis Kurgan,
tanah asal orang Indo-Eropah Purba mungkin berada di
dataran rumput Pontia-Kaspia di timur Eropah. Rekonstruksi linguistik bahasa Indo-Eropah Purba telah memberi petunjuk mengenai
budaya gembala dan
kepercayaan berlandaskan sistem kebapaan (patriarki) penutur-penutur bahasa tersebut.
[4]Sewaktu penutur-penutur Indo-Eropah Purba menjadi terpisah antara satu sama lain melalui beberapa rombongan
pemindahan orang Indo-Eropah, dialek-dialek kawasan yang dituturkan oleh pelbagai penutur Indo-Eropah Purba bercambah, kerana setiap dialek mengalami beberapa pengalihan dari segi sebutan (
hukum bunyi Indo-Eropah), morfologi, dan perbendaharaan katanya. Setelah berabad lamanya, dialek-dialek tersebut berubah menjadi bahasa-bahasa Indo-Eropah kuno yang diketahui. Dari situ juga, percambahan linguistik lanjutan menyebabkan evolusi menjadi bahasa-bahasa keturunannya yang dikenali sebagai bahasa-bahasa Indo-Eropah Moden. Kini, keturunan kepada bahasa Indo-Eropah Purba dengan penutur asli teramai adalah terdiri daripada
bahasa Sepanyol,
bahasa Inggeris,
bahasa Portugis,
bahasa Hindustani (yakni
bahasa Hindi dan
bahasa Urdu),
bahasa Benggali,
bahasa Rusia,
bahasa Punjabi,
bahasa Jerman,
bahasa Parsi,
bahasa Perancis,
bahasa Marathi,
bahasa Itali dan
bahasa Gujarati.Bahasa Indo-Eropah Purba dipercaya mempunyai sistem morfologi yang terperinci yang termasuklah
imbuhan fleksi (padanan perkataan bahasa Inggeris child, child's, children, children's) serta
ablaut (pengubahsuaian bunyi-bunyi vokal seperti yang terdapat pada perkataan bahasa English sing, sang, sung, song) dan
aksen.
Bentuk kata namaan dan
kata ganti nama yang terdapat pada bahasa Indo-Eropah Purba mempunyai sistem
tasrif yang kompleks, dan
kata kerja bahasa ini juga mempunyai sistem
konjugasi yang kompleks.
Sistem fonologi,
kata partikel,
kata bilangan, dan
kata kopula yang terdapat pada bahasa Indo-Eropah Purba juga telah matang rekonstruksinya.Tanda bintang digunakan sebagai tanda lazim diletakkan di hadapan kata-kata yang direkonstruksi, contohnya *'
wódr̥', *'
ḱwn̥tós', atau *'
tréyes'; kata-kata tersebut ialah kata leluhur rekonstruksi yang berpadanan dengan kata-kata Inggeris moden seperti water, hound, dan three.