Bahasa_Indonesia
Bahasa_Indonesia

Bahasa_Indonesia

Bahasa Indonesia adalah sebuah bentuk standard bahasa Melayu yang dipiawaikan sebagai bahasa rasmi Republik Indonesia sebagaimana disebutkan dalam Undang-Undang Dasar RI 1945, Pasal 36, sewaktu Indonesia mencapai kemerdekaan daripada pihak Belanda. Ia juga merupakan bahasa penyatuan (atau "pemersatuan") bangsa Indonesia sebagaimana disebut dalam Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928. Bentuk Bahasa Melayu yang dipakai sebagai dasar bahasa Indonesia baku adalah Bahasa Melayu Tinggi ("Riau") dari Sumatera.[1][2]Bahasa ini sendiri difahami oleh 90% warga Indonesia. Sungguhpun begitu, hanya sebahagian saja daripada penduduk Indonesia yang benar-benar menggunakannya sebagai bahasa ibunda kerana dalam perbualan sehari-hari yang tidak rasmi masyarakat Indonesia lebih suka menggunakan bahasa daerah puak dan kaum masing-masing sebagai bahasa ibunda seperti bahasa Melayu pasar, bahasa Jawa, bahasa Sunda, dan lain sebagainya. Untuk sebahagian besar masyarakat Indonesia lainnya, bahasa Indonesia adalah bahasa kedua dan untuk taraf rasmi bahasa Indonesia adalah bahasa pertama. Bahasa Indonesia merupakan bahasa hantaran untuk pendidikan di sekolah-sekolah Indonesia.