Bahasa_Jahai

Bahasa Jahai (Jehai) ialah sebuah bahasa Austro-Asia yang dituturi oleh orang Jahai di kawasan utara Semenanjung Malaysia serta selatan Thailand, dan disifatkan sebagai bahasa terbesar dalam rumpun bahasa Jahai. Salah satu keunikan bahasa Jahai ialah bahasa ini disifatkan sebagai bahasa bau kerana memiliki pelbagai kata sifat untuk menjelaskan bau sesuatu objek.[2] Meskipun dengan kira-kira seribu penutur, bahasa Jahai tidak dilihat mempunyai ancaman kepupusan secara jelas kerana kebanyakan ibu bapa Jahai dapat mewarisi bahasa Jahai kepada anak-anak mereka sebagai bahasa ibunda.[3]