Bahasa_Austro-Asia
Bahasa_Austro-Asia

Bahasa_Austro-Asia

Rumpun bahasa Austro-Asia yang secara harafiahnya bererti “Asia Selatan”, ialah sebuah rumpun bahasa yang dipertuturkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan. Antara bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa Vietnam, bahasa Khmer, dan bahasa Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunyai kedudukan bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa Santali dan bahasa Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tahap negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain daripada rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.Rumpun bahasa Austro-Asiatik tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Dipercayai secara meluas bahawa rumpun bahasa Austro-Asia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravidia, dan Sino-Tibet, ialah hasil perpindahan manusia yang terjadi (Sebagai contoh, ada perkataan bahasa Austro-Asia dalam rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austro-Asia berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.