Bahasa_Jawa

Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi kepada dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi menjadi ngoko kasar dan ngoko halus (campuran ngoko dan kromo).Selanjutnya, Krama itu terbahagi lagi menjadi Krama, Krama Madya, Krama Inggil (Krama Halus).Krama Madya inipun agak berlainan antara Krama yang dituturkan di kota (Sala) dengan Krama yang dituturkan di pinggiran (desa). Justeru, Krama Haluspun berlainan antara Krama Halus/Inggil yang dituturkan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa.Bahasa Jawa dianggarkan dituturkan sekitar dua pertiga penduduk pulau Jawa. Bahasa Jawa ini mempunyai aksaranya sendiri yang dikembangkan daripada huruf Pallava dan juga huruf Pegon yang diubah suai daripada huruf Arab.Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan Jawa ke Malaysia sehinggakan terdapat kawasan penempatan mereka dikenali sebagai kampung Jawa dan padang Jawa.