Perkembangan Bahasa_Jawa_Lama

Bahasa Jawa Lama tidaklah statik, dengan penggunaanya merangkumi zaman sekitar 500 tahun, iaitu sejak prasasti Sukabumi (kk. 804 Masihi) sehingga pengasasan empayar Majapahit pada 1292. Bahasa Jawa yang dituturkan dan ditulis pada zaman Majapahit adalah lebih rapat dengan bahasa Jawa Moden kerana telah menjalani sesetengah perubahan.

Asal Austronesia

Pengaruh bahasa Austronesia yang paling penting kepada Bahasa Jawa Lama ialah warisan perbendaharaan kata, struktur ayat, dan tatabahasa yang dikongsiknya dengan bahasa-bahasa menjadi di Asia Tenggara.

Pengaruh Sanskrit

Pengaruh linguistik India pada bahasa Jawa Lama hampir merupakan pengaruh Sanskrit pada keseluruhannya, dengan hampir tidak terdapatnya sebarang pengaruh unsur India bukan Sanskrit, berbanding dengan, misalnya, bahasa Melayu Lama.

Bahasa Sanskrit mempunyai kesan yang mendalam dan abadi pada perbendaharaan kata bahasa Jawa. Kamus bahasa Jawa - bahasa Inggeris yang disusun oleh profesor P.J. Zoetmulder pada tahun 1982 mengandungi sekitar 25,500 kata masukan, dengan tidak kurang daripada 12,500 (49%) antaranya merupakan kata pinjaman Sanskrit. Jelasnya, jumlah yang besar itu tidak merupakan petunjuk kepada penggunaannya, tetapi ia masih menunjukkan bahawa orang Jawa Kuno tahu akan perkataan Sanskrit itu dan menggunakannya dalam karya kesusasteraan mereka. Sekitar 25% daripada perbendaharaan kata di dalam mana-mana satu karya kesusasteraan Jawa Lama berasal daripada bahasa Sanskrit.

Fonologi

Walaupun bahasa Sanskrit amat sangat mempengaruhi bahasa Jawa Lama, bahasa Jawa Lama tetap merupakan sebuah bahasa Austronesia. Sesungguhnya, bahasa Sanskrit masih mempengaruhi bukan sahaja perbendaharaan kata Jawa Lama, tetapi juga fonologinya. Misalnya, bahasa Jawa mengandungi apa yang digelar konsonan gelungan yang mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit. Bagaimanapun, dakwaan itu telah dipertikaikan oleh banyak ahli linguistik yang memegang pandangan bahawa konsonan tersebut dapat juga merupakan suatu perkembangan yang berasingan dalam keluarga bahasa Austronesia.

Perbendaharaan kata

Satu soalan berkait ialah bentuk kata Sanskrit yang dipinjam oleh bahasa Jawa Lama. Kata pinjaman Sanskrit dalam bahasa Jawa Lama hampir selalu merupakan kata nama dan kata sifat dalam bentuk yang akhir katanya tidak berubah (Sanskrit lingga). Sebuah senarai kata yang mengandungi 200 perkataan asas Jawa Lama dan yang memiliki sebilangan kata pinjaman tersebut disediakan di Pangkalan Data Perbendaharaan Kata Asas.