Bahasa_Melayu_Malaysia
Bahasa_Melayu_Malaysia

Bahasa_Melayu_Malaysia

Portal PolitikBahasa Melayu Malaysia atau Bahasa Melayu Standard/moden juga disebut Bahasa Malaysia (tidak rasmi) ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia mengikuti standard tetapan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bentuk bahasa Melayu yang dipiawaikan dan digunakan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu lebih daripada 80% kognitif dengan Bahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 10 juta orang. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara Malaysia mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[3]