Sejarah Bahasa_Melayu_Malaysia

Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) memperkenalkan istilah "Bahasa Malaysia" sebagai nama untuk bahasa kebangsaan Malaysia kerana terpengaruh dengan negara jiran Indonesia. Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas. Sebenarnya istilah Bahasa Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YDPA Tunku Abdul Rahman (Agong pertama) tetapi timbul secara spontan selepas tragedi 13 Mei 1969. Hal ini terbukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa itu, wujud semacam persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan Malaysia tidak berubah.

Pada tahun 1986, istilah "Bahasa Malaysia" ditukar kepada "Bahasa Melayu". Penukaran ini dibuat selaras dengan apa yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu: "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu".[4][5]

Pada 4 Jun 2007, Kabinet Malaysia telah membuat keputusan untuk menukarkan penggunaan "Bahasa Melayu" kepada "Bahasa Malaysia" kerana ingin menanamkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan rakyat (tetapi tidak berhasil). Kabinet mengarahkan semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah "Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat, notis dan dokumen. Namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana perkara 152 perlembagaan Malaysia jelas mengatakan bahasa rasmi negara adalah bahasa Melayu dan bukannya bahasa Malaysia.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa-

(a)

tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

(b)

tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Setelah Kekalahan Najib Razak dalam PRU ke-14, istilah Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat dan semua pihak.[6]