Dialek Bahasa_Minangkabau

Bahasa Minangkabau memiliki beberapa dialek yang ditutur berlainan di setiap kampung (seperti contoh, kampung yang dipisahkan oleh sungai). Ada dialek yang agak berirama, ada yang rata sahaja dan ada yang agak keras. Akan tetapi, secara umumnya bahasa Minang dialek Padang (Baso Padang atau Baso Urang Awak) menjadi bahasa pengantar. Dialek Padang diguna pakai kerana dialek itu terbentuk daripada percampuran segala macam dialek yang terdapat di wilayah Minangkabau.

Bahasa Minang terpelihara kerana masih digunakan sebagai bahasa harian masyarakat Minangkabau. Banyak orang Minangkabau yang merantau ke daerah-daerah lain, namun mereka juga membawa dan menggunakan bahasa Minang dalam urusan harian sesama sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Bahasa_Minangkabau http://www.unhchr.ch/udhr/lang/mpu.htm http://books.google.com/books?printsec=frontcover&... http://www.minangforum.com http://web.archive.org/20040507133813/asia.geociti... http://www.ethnologue.org/show_language.asp?code=%... http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Pages/Introduction.as... http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Pages/Language.aspx?L... http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Pages/Language.aspx?L... http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Pages/Language.aspx?L... http://www.un.org