Statistik Bahasa_Poland

Kini Bahasa Poland merupakan bahasa rasmi Poland; bahasa ini dituturi oleh kebanyakan penduduk Poland yang seramai 38 juta (banci 2002). Terdapat juga sesetengah penutur ibunda di Belarus barat, Ukraine, dan juga Lithuania timur. Disebabkan oleh emigrasi dari Poland pada masa yang berlainan, berjuta-juta penutur ibunda boleh didapati di negara-negara seperti Australia, Brazil, Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat, dan lain-lain.

Dianggarkan terdapat sejumlah 10 juta etnik Poland di luar Negara Poland. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramaikah diantara mereka yang bertutur dalam bahasa Poland - dianggarkan seramai 3,5 ke 10 juta[1]. Ini menjadikan jumlah keseluruhan penutur ibunda Bahasa Poland seramai antara 40 dan 48 juta di seluruh dunia. Menurut Etnolog, terdapat kira-kira 43 juta penutur bahasa Poland sebagai bahasa utama di seluruh dunia[2].

Bahasa Poland mempunyai penutur yang kedua teramai di kalangan Bahasa-bahasa Slavik selepas Bahasa Rusia. Bahasa ini merupakan lambang utama Bahasa-bahasa Lechia yang sebagai cawangan Bahasa-bahasa Slavik Barat. Bahasa Poland berasal dari kawasan Poland masa kini dari berbilang dialek-dialek Slavik Barat tempatan, terutamanya yang dituturkan di Poland Besar dan Poland Kecil. Bahasa ini berkongsi beberapa kosa kata dengan bahasa-bahasa Slavik yang berdekatan, yang terjelasnya dengan Bahasa Slovak, Bahasa Czech, Bahasa Ukraine, dan Bahasa Belarus.