Nama Bahasa_Tok_Pisin

Perkataan Tok ialah terbitan daripada perkataan Inggeris talk (cakap, bicara), akan tetapi ia mempunyai kegunaan yang lebih luas dan boleh bermaksud "kata", "percakapan", atau "bahasa". Pisin pula datang daripada perkataan Inggeris pidgin.

Kendatipun bahasa Tok Pisin lazimnya disebut dengan nama ini, ia juga disebut—mahupun jarang— dengan panggilan New Guinea Pidgin[1] atau, dalam konteks akademik, Pijin Melanesia,[2] Inggeris Pijin Melanesia atau Neo-Melanesian.

Penggunaan nama Tok Pisin digemari para ahli linguistik kerana nama itu dapat mengelakkan salah tanggapan bahawa bahasa Tok Pisin masih sebuah bahasa pijin. Mahupun pada satu masa dahulu ia merupakan bahasa pijin, bahasa Tok Pisin sekarang dianggap sebagai bahasa tersendiri oleh sebab ia merupakan bahsa pertama buat ramai orang dan bukan setakat bahasa lingua franca bagi memudahkan perhubungan antara penutur bahasa-bahasa berbeza.