Dalam
Agama samawi,
Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah
kapal yang dibangun atas perintah
Tuhan untuk menyelamatkan
Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan
binatang yang ada di seluruh dunia dari
air bah. Kisah ini terdapat dalam
Kitab Kejadian dalam
Perjanjian Lama dan
Al-Quran.Sejumlah besar penganut
Yahudi Ortodoks dan
Kristian berdasarkan
Perjanjian Lama dan umat
Muslim berdasarkan
Al-Quran mempercayai bahawa kisah ini benar-benar terjadi. Namun sebahagian lain penganut Yahudi Ortodoks dan Kristian yang memegang kepercayaan hipotesis terhadap dokumen saintifik, menyatakan bahawa kisah yang dikisahkan dalam Kitab Kejadian ini mungkin terdiri dari sejumlah sumber yang sesetengahnya bersifat berkecuali (independents), dan proses penyusunannya yang berlangsung selama beberapa abad dapat menolong menjelaskan kekacauan dan pengulangan yang tampak di dalam teksnya. Walaupunbegitu, sebahagian umat Yahudi Ortodoks dan Kristian yang mempercayai kisah ini menyatakan bahawa kekacauan itu dapat dijelaskan secara rasional.
Mitos Sumeria juga menceritakan kisah seperti ini, namun ia agak berbeza dengan agama Abrahamik, kerana tokoh dalam kisah Sumeria tidak bernama Nuh tetapi
Ziusudra. Kisah Sumeria mengisahkan bagaimana Ziusudra diperingatkan oleh para dewa untuk membangun sebuah kapal untuk menyelamatkan diri dari banjir yang akan menghancurkan umat manusia. Tidak hanya dalam agama Ibrahamik dan Sumeria, kisah hampir serupa juga ditemukan di banyak kebudayaan di seluruh dunia. Memang
kisah tentang banjir ini adalah salah satu cerita rakyat yang paling umum terkenal di seluruh dunia.Kisah Bahtera ini telah diuraikan secara panjang lebar di dalam berbagai teks
Agama samawi, yang mencampurkan solusi-solusi teoretis dengan masalah-masalah praktis semisal bagaimana cara Nuh membuang kotoran-kotoran binatang, atau dengan penafsiran-penafsiran alegoris yang mengajak manusia menuju kejalan lurus dan benar dengan mematuhi perintah Tuhan.Pada awal abad ke-18, perkembangan
geologi dan
biogeografi sebagai ilmu pengetahuan telah membuat sedikit sejarawan alam yang merasa mampu membenarkan penafsiran yang harafah keatas kisah Bahtera ini. Namun demikian, para pakar kitab terus meneliti gunung dimana kapal tersebut berlabuh. Alkitab menyatakan bahawa kapal/Bahtera itu mendarat di sekitar kawasan
Pergunungan Ararat Turki
[1] dan Al-Quran berpendapat bahawa kapal itu mendarat di kawasan sekitar
Pergunungan Judi,
Cizre di sempadan
Iraq-
Turki[2].