Bak_Kut_Teh
Bak_Kut_Teh

Bak_Kut_Teh

Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan. Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari.Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam. Bak Kut Teh berasal dari Klang, Malaya dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Kepulauan Riau.